Sumber Harian Metro
Peniaga ayam, Mohamad Shah Azmi, 33, mendedahkan sehak dua minggu kebelakangan ini pasar sunyi dan pelanggan yang ada tidak lagi seramai. Malahan, bekalan ayam mencukup namun tidak ada pembeli.
Memetik laporan Harian Metro, lebihan ayam mengakibatkan harga ayam terpaksa diturunkan berbanding harga siling ditetapkan kerajaan pada harga RM8.90 dan RM9.90 mengikut jenis ayam.
"Sebelum ini, ayam memang selalu habis dijual tetapi sekarang ini nak jual 50 ekor pun susah sangat.
"Boleh dikatakan jualan peniaga ayam merosot kira-kira 50 peratus sebab dulu kami mampu jual sehingga 100 ekor sehari walaupun harga sudah dijual di bawah harga siling," katanya.
Gambar hiasan
Sementara itu, bagi pengguna, Noor Ras' Adibah Rahmad, 37, berkata dia sekarang hanya membeli barang basah yang dirasakan perlu sahaja dan mencari harga berpatutan.
"Harga tidak dinafikan memang ada yang naik mendadak dan bekalan ayam juga banyak memudahkan kami membuat pilihan.
"Saya sendiri akan beli dengan peniaga yang tawarkan dengan harga berbaloi dan beli di pasar basah," katanya. - CARI
|