CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2593|Reply: 34

[Tempatan] ‘ Sambung belajar jika tidak mahu gaji rendah’ -Radzi

[Copy link]
Post time 7-8-2022 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2022 02:12 AM

‘Sambung belajar jika tidak mahu gaji rendah’ -Radzi



RADZI Jidin meninjau kawasan tapak SMK Bohor Jaya di Kampung Yooi, Jalan Ulu Melaka, Langkawi, hari ini. -UTUSAN/ NUR AMALINA AZMAN


  • Oleh NUR AMALINA AZMAN
  • 7 Ogos 2022, 5:20 pm















LANGKAWI: Faktorgaji rendah yang tidak banyak berubah sejak sekian lama diakui menjadi antara cabaran untuk memastikan para pelajar di negara ini terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kadar gaji yang ditawarkan tidak banyak berubah sejak dahulu lagi, tetapi, pada masa sama kos sara hidup terus meningkat.
“Jika dulu pada peringkat awal iaitu tahun 1980-an, kita bersaing atas dasar tenaga kerja murah, namun, apabila struktur ekonomi berubah kepada ekonomi bernilai tinggi, ia masih tidak capai tahap sepatutnya.

“Maka, bila anak-anak masuk ruang pekerjaan, mereka lihat belajar pun gaji tidak tinggi, jadi, itu antara cabaran yang kita hadapi,” katanya selepas merasmikan gimik Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di sini hari ini.

Pada 31 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan satu kaji selidik oleh Jabatan Pe­rangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019, tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021. Mengikut data kajian tahun 2019, membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan namun, selepas keputusan, hanya kira-kira 170,000 memilih menyambung pengajian manakala baki­nya 390,000 memasuki pasaran kerja.

Tiga faktor utama mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.

Justeru, Radzi berkata, kerajaan perlu memberi fokus kepada pembinaan ekonomi bernilai tinggi yang mana ia mampu menyumbang kepada pendapatan lebih lumayan kepada rakyat.

“Ini perkara yang kerajaan perlu beri tumpuan khusus dan kementerian akan bekerjasama dalam menyediakan keperluan pelajar supaya apabila mereka keluar nanti, mereka boleh bekerja dalam konteks ekonomi bernilai tinggi dengan pendapatan lebih tinggi,” jelasnya.

Menurutnya, dalam konteks pihaknya, apa yang paling penting adalah menyediakan pelajar sekolah dengan segala ruang untuk mereka menyambung pengajian masing-masing.

“Sebab itu, di sekolah pun kita latih kaunselor untuk memahami apa keperluan pekerjaan dan majikan pada masa akan datang. Jadi, apabila habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak-anak ini sudah tahu kalau nak buat teknikal dia nak pergi ke mana, kalau minat Sains dia pergi ke mana.

“Guru-guru akan terus membantu anak-anak ini bagi memastikan mereka supaya faham apakah perjalanan yang terbaik untuk masa depan mereka,” ujarnya.

Tambahnya, kementerian akan melatih dan menanam minat pelajar secara semula jadi daripada sistem persekolahan serta melihat arah masa depan mereka.

“Jika sejak kecil mereka didedahkan dengan pelbagai ruang dan peluang yang ada, kita dapat membina anak ini untuk bersedia pergi ke peringkat lebih tinggi seterusnya ke peringkat alam pekerjaan,” katanya. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
It is not a rocket science Jidin oi. Its simple, in Msia even University graduates are been exploited and most of them were paid below the average market price. Dah la dpt gaji rendah..mana nak bayar study loan lagi
for me it’s better go for TVET because TVET graduate are in great demand by employers in market. Akak copy & paste dek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2022 06:15 PM | Show all posts
Sepatutnya dia advice seperti ini, bodoh pun tak apa ..jadilah ahli politik jika mahukan gaji yang tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:15 PM | Show all posts
Tiga faktor utama mereka yang berusia 17 hingga 18 tahun tidak minat menyambung pelajaran ialah banyak peluang pekerjaan menerusi platform gig, terpengaruh menjadi pempengaruh di media sosial dan beranggapan belajar tinggi bukan jaminan mendapat pekerjaan lebih baik.



bukti banyak di sekeliling, dia kata anggapan?

malaysia ni dah macam bangla,
ramai ada degree, tapi buat kerja low paying job.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzi Anak Jidin tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:23 PM | Show all posts
Nak confirm dengan siapa2 yang kerja HR kat syarikat swasta.
Betul ke lately depa dah tak ambik grad uitm?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
muntahijo replied at 7-8-2022 08:23 PM
Nak confirm dengan siapa2 yang kerja HR kat syarikat swasta.
Betul ke lately depa dah tak ambik grad ...

X la.. Ada je company ak amik.. Interns pun ada Dr uitm..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 08:52 PM | Show all posts
shida81 replied at 7-8-2022 08:29 PM
X la.. Ada je company ak amik.. Interns pun ada Dr uitm..

terima kasih atas pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 7-8-2022 06:15 PM
It is not a rocket science Jidin oi. Its simple, in Msia even University graduates are been exploite ...

Kalau dia masuk Tvet tu maksudnya dia sambung belajar la sissss
Tvet pun dpt sijil n diploma
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut tulis mcm ni
Sambung belajar kalau tak nak wang hantaran rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 09:10 PM | Show all posts
muntahijo replied at 7-8-2022 08:23 PM
Nak confirm dengan siapa2 yang kerja HR kat syarikat swasta.
Betul ke lately depa dah tak ambik grad ...

byk PTD dari uitm
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Blajar tinggi untuk ilmu, jangan cakap utk gaji.

Esok lusa kawan² sembang rancak centrifugal inertia kat cvt roller face drive, kau melopong habuk pun tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Blaja bukan untuk gaji ja la...ko ni Radzi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 7-8-2022 01:10 PM
byk PTD dari uitm


Iya ex classmate aku pun PTD dari sana. Masa sekolah SPM, PMR aku jauh lagik baik dari dia. Tapi udah rejeki maseng2. Pehtu ada sorang ex schoolmate aku jadik doktor. Ni pun PMR ngan SPM aku jauh lagik baik dari dia tapi dia sambung blaja di Rashia guna biasiswa daddy.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 12:22 AM | Show all posts
Kalau dah ada degree nak buat master ke? Majikan di Malaysia ni ada peduli ke kau ada Master? Melainkan kalau kau mmg kerja bidang akademik atau R&D. Tapi spending utk R&D di Malaysia ni rendah. Negara paling tinggi spending utk R&D adalah Korea Selatan dan Israel.Malaysia ni dah mcm negara pengguna aje.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji spm - 1.5k
Gaji diploma - 1.5k
Gaji degree - 1.6k

Setuju sgt suruh belajar smpai degree tp itu lah gaji tang tu ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jd menteri la. Gaji tinggi wpon bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:33 AM | Show all posts
muntahijo replied at 7-8-2022 08:23 PM
Nak confirm dengan siapa2 yang kerja HR kat syarikat swasta.
Betul ke lately depa dah tak ambik grad ...

err?
company iols amik je. Even budak intern from UiTM n terus absorb permanent staff in HR.
ni baru je hire budak grad uitm for marketing dept
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
muntahijo replied at 7-8-2022 08:23 PM
Nak confirm dengan siapa2 yang kerja HR kat syarikat swasta.
Betul ke lately depa dah tak ambik grad ...

Cuba tanye kat forum cina or chinaman style company..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 08:42 AM | Show all posts
cuba tnya berapa ramai yg keje Speedmart tu ada diploma/ degree? tp dapat gaji minumum je. dah buat degree tu opkosla ada hutang ptptn, kalau mereka anak org kaya mereka tak keje la speedmart sbb terpaksa; selain susah nak dapat keje sesuai kelayakan. kesimpulannya skrg ni, ada degree pun tidak menjamin ko kaya raya dan dapat keje sesuai kelayakan. semua bergantung rezeki dan usaha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.079706 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list