CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 5

[Tempatan] Isteri dipaksa gadai emas, suami tak balik berbulan sertai tabligh

[Copy link]
Post time 14-8-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai sebuah hantaran oleh seorang wanita yang meluahkan isi hatinya selepas suami yang merupakan pengikut tabligh ingin keluar berdakwah selama empat bulan dengan menggunakan wang hasil titik peluh isteri.

Menurut wanita itu, dia bimbang kerana masih mempunyai anak kecil namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada perniagaan.

Malah, hasil wang dan keuntungan daripada perniagaan yang digunakan untuk membesarkan anak dan menyara keluarga itu sewenang-wenangnya digunakan oleh suami untuk mengikuti tabligh selama empat bulan.

Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama.

Gara-gara suami kerap menyentuh soal agama, si isteri terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan lebih panjang.

Apa yang lebih menyedihkan, suaminya juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengikuti jemaah tabligh sehingga sanggup meminta si isteri untuk menggadaikan barang kemas yang ada.

Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana.

Walaupun terpaksa menuruti kehendak suami, dia telah dilabel sebagai kedekut dan tidak sanggup berkorban di jalan Allah kerana enggan membantu.

Tambahnya lagi, suaminya turut memesan agar jangan terlalu risau mengenai duit kerana sepanjang dia keluar itu mengikut jalan Allah dan rezeki akan murah selain Allah akan permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi, macam tak ada suami.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh suaminya mengikuti tabligh, suaminya langsung tidak meninggalkan duit nafkah untuk si isteri dan anak, malah memberi alasan itu merupakan pengorbanan isteri-isteri nabi dahulu.

Aku la kena kumpul duit nak bayar kereta, bayar sewa kedai, ambil barang gadai, beli susu dan pampers anak. Stres kadang-kadang, hari-hari aku menangis.

Apa pandangan korang?

Kredit: mStar

https://ohmedia.my/trending/pengikut-tabligh-berbulan-bulan-tinggalkan-isteri-tanpa-nafkah-siap-suruh-gadai-emas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran dpn umah aku pun join tabligh siap bawa kwn2 tabligh dia lepak umah dia sekali. Last jiran2 sekelilig mengamuk ngan kwn2 tabligh dia sbb sesuka hati parking susah kereta lain nk jalan. Sejak tu, dia dh x berani bawa kawan2 tabligh dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dh ade yg bkk ke psl artikel ni

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:15 PM | Show all posts
ketinggalan bas la TT

OlehMegat AzriPada 29/07/2022
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran adik pun sebelum PKP selalu bawa kawan2 Dr Bangladesh,Pakistan datang umah dia ..doklah bersidai kat depan umah dia ramai2. Sejak2 PKP lengang..bagus gak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 02:37 AM | Show all posts
Byk kisah org tabligh yg abaikan wang sarahidup keluarga. Dulu, suami aku biasa diajak golongan ni untuk pergi 'camping'. Suami aku menolak dan cakap dia nak duk rumah dgn isteri dia. Sejak tu, mereka tak pernah ajak lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038866 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list