View: 620|Reply: 2
|
Doktor Tipu Rawatan Apendiks, Cabul Pesakit Sesama Jenis
[Copy link]
|
|
Seorang doktor lelaki di sebuah hospital di Bandar Makati berdepan pertuduhan kerana didakwa mencabul seorang pesakit sesama jenis, lapor Phillippines News.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di dalam hospital itu merakamkan doktor berkenaan mengambil pesakitnya bernama Alias Vergel, 18.
Foto: Philippine News
Dia menjelaskan pesakit itu perlu menjalani satu lagi prosedur perubatan untuk apendiksnya yang kali terkahir dilakukan 7 Mac lalu.
Kedua-kedua mereka dilaporkan memasuki bilik di tingkat dua hospital itu sebelum doktor tersebut mendakwa akan melakukan ujian ultra bunyi.
Bagaimanapun, kata laporan itu lagi, bilik tersebut tidak mengandungi sebarang radas atau peralatan perubatan dan doktor itu melakukan perbuatan jijik di dalam bilik berkenaan.
Vergel kemudian melarikan diri dan meninggalkan bilik tersebut sambil membawa dextrose (gula yang meningkatkan jumlah glukosa di dalam darah) walaupun dalam kesakitan disebabkan keadaannya.
“Saya memaksa diri untuk berlari ke tingkat tiga walaupun perut saya sakit. Nenek sedang tidur kemudian saya kejutkan dia dan berkata mari kita pergi dari sini,” kata Vergel menerusi laporan itu, Khamis lalu.
FB Radyo Singko
Mangsa dilaporkan memfailkan aduan ke Biro Siasatan Negara (NBI) terhadap doktor berkenaan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai doktor sangap nya lah |
|
|
|
|
|
|
|
tabah la dek.. bertambah tambah ler sakit kau nok |
|
|
|
|
|
|
| |
|