View: 2787|Reply: 34
|
[Jenayah]
Gadis putus cinta rempuh pagar rumah bekas teman lelaki
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang baru putus cinta naik berang lalu bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi.
Menurutnya, suspek wanita berusia 20 tahun terbabit kemudiannya berjaya ditahan polis tidak lama kemudian di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.
“Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.
“Turut dikirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan, bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, sepasukan polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediaman pengadu.
Tambah Fariz Ammar, anggota polis berkenaan terus mengekori kenderaan suspek sebelum berjaya memberkasnya di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis ‘benzo’, manakala semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” ujarnya.
Menurutnya lagi, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek baharu putus cinta dengan teman lelakinya pada bulan lalu.
“Akibatnya, suspek merempuh pintu pagar kediaman itu menyebabkan keluarga pengadu mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/08/15/gadis-putus-cinta-rempuh-pagar-rumah-bekas-teman-lelaki/
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mcm silap baca je, takkan pompuan ganas buat aksi WWF
belom kawen kau da silambam umah org tua dia, kalau da kawen apatah yg kau buat pompuan
giler btol manusia skrg, aje tak kena naik hangin
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya pompuan mcm ni...mental, mcm acik2 porum... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2022 04:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
patut la kena tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak berabis gaknya sampai mental macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha ni macam kes member macik 20 tahun lepas
Dekat stesyen minyak Tabung Haji tu
Kena dumped dek bf
Dia pergi rempuh kete BMW mamat tu tengah isi minyak
Naseb ex bf dia baik dan x buat kes polis
Macik nak pegi open cite ni balik lah kat dia hahahaha
Mesti dia malu ingat |
|
|
|
|
|
|
|
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah jenis ‘benzo’, manakala semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,”
benzo ni bukan mcm ubat tido ka? utk merawat anxiety. ai kalo ambik ubat kategori sama terus titun belum pernah lg rasa nak transform jd inkedibel hulk |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tu cm kaya je siap ada bisnes. Geram la tu melepas dapat laki kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sila dapatkan gambar amoi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kisah cinta t20 kan...gasaklah |
|
|
|
|
|
|
|
BelovedTaeyeon replied at 15-8-2022 08:17 PM
Sila dapatkan gambar amoi tu
Konpom amoi kee |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai motor.... Mata kecik le tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay la dik dpt jadi ex yg paling diingati |
|
|
|
|
|
|
|
jenis psiko lebih ni... mesti bf tu rimas n rasa takot nak kawin.. sekali putus terus kena ugut n serang mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 15-8-2022 08:09 PM
Laki tu cm kaya je siap ada bisnes. Geram la tu melepas dapat laki kaya
fmly kaya kot sbb bisnes family kedai moto tu bkn bisnes x-bf nya
ganas smpai tercabut gate pakej hempap kete bapaknya plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Laa dik, ko baru 20thn
Takyah la nk frust menonggeng sgt
Kat luar sana tu,esok2 ko jmpe la yg lagi bestttt dr ex ko tuh
Kat luar sana tu ada berjuta lg ummah manusia..pilih je mana ko nak dik
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut hati sangat ni
Ke sebab dah mcm laki bini, skali bf berubah ati, xmo proceed, kena dump terus psycho |
|
|
|
|
|
|
| |
|