CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 3

[Tempatan] Mahkamah: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan. #3, 3 Pertuduhan pecah amanah melibatkan RM21 juta

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-8-2022 02:54 AM

Mahkamah: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan

https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... yarikat-perkapalan/

Oleh NORLIZAH ABAS
16 Ogos 2022, 10:27 am


Ahmad Ramli. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana sebuah syarikat perkapalan berjumlah RM21.08 juta berkaitan perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Panglima (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor, 78, sebentar tadi mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, beliau yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan itu dengan meluluskan pembayaran mencecah RM21.08 juta tanpa kelulusan ahli lembaga pengarahnya.

Mahkamah membenarkan Ahmad Ramli dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan menetapkan kes itu disebut pada 24 November ini.

Skandal kepincangan projek perolehan LCS itu menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan tiada kapal  diterima setakat ini walhal TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran RM6.083 bilion. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 10:47 AM | Show all posts
aku masuk thread isu semasa semata nk baca komen pasal isu ni.. tp terlanjur ke thread mean girls. kakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 10:52 AM | Show all posts
Skandal LCS: Bekas pengarah BNS dihadapkan 3 pertuduhan pecah amanah RM21j

https://www.malaysiakini.com/news/632245

Alena Nadia
Diterbitkan:  Aug 16, 2022 10:11 AM⋅
Dikemaskini: 10:46 AM


Bekas pegawai kanan Boustead Naval Shipyard (BNS) yang juga bekas panglima TLDM, Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa dengan pertuduhan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Ramli adalah bekas pengarah urusan dan naib pengerusi eksekutif BNS.

Dia didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, didakwa melibatkan RM21.08 juta

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.

Hadir ke mahkamah dengan berkemeja hitam dan kot putih, Ahmad Ramli, 78, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan ketika ia dibacakan di depan hakim Susana Hussein.

BNS adalah syarikat yang mendapat projek membina enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, yang dirundung masalah dan kini mendapat perhatian negara.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak RM9 bilion LCS, dengan RM6 bilion dibayar pada 2020.

Walaupun kerajaan telah membayar jumlah yang besar, tiada satu pun kapal telah disiapkan selepas lapan tahun; projek ini dimulakan pada tahun 2014.

Susulan itu, SPRM pada 11 Ogos dilaporkan berkata mereka telah menyelesaikan beberapa siasatan terhadap individu tertentu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dalam mengendalikan projek pembinaan LCS.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik jugak, bila Kes melibatkan jumlah yang tersangat besar, tapi sorang je yang kena tuduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034407 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list