View: 901|Reply: 9
|
Lelaki Tikam Ibu 10 Kali Sampai Mati Guna Badik, Marah Sebab Tak Bagi Kahwin
[Copy link]
|
|
TARAKAN: Akibat hasrat untuk berkahwin dan membuka perniagaan ditentang, seorang nelayan di bandar Tarakan tergamak membunuh ibunya sendiri menggunakan sebilah badik.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Tarakan, Muhammad Aldi berkata, ibu mangsa menolak hasrat anak lelakinya kerana suspek tidak mempunyai teman wanita lagi untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, katanya, lelaki berusia 33 tahun tersebut bersungguh-sungguh mahu wanita itu menjodohkan dia dengan salah seorang ahli keluarganya.
Gambar Hiasan
“Mangsa menolak permintaan suspek kerana tidak mempunyai wang untuk membantu anaknya berkahwin apatah lagi membuka perniagaan,” katanya lapor Kompas.com.
Disebabkan hajat tersebut ditolak, lelaki itu diam membisu dan terus masuk ke biliknya
Namun, Muhammad berkata, suspek membawa sebilah badik yang diambil dari almari dan meletakkannya di dalam beg pada sebelah petang.
Sejurus itu, katanya, dia masuk ke dalam bilik ibunya yang baru selesai mandi dan menguncinya dari dalam.
“Dia kemudian bertanyakan sekali lagi mengenai keputusan ibunya sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dan berasa marah, lalu nekad membunuh wanita itu.
“Suspek menikam ibunya berulang kali tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami mangsa sehingga didengari anaknya yang lain.
“Kita dapati sebanyak 10 tikaman dengan empat daripadanya di bahagian depan, satu di dada kiri dan dua di tangan kiri mangsa,” katanya.
Disebabkan pintu tidak dapat dibuka dari luar, ahli keluarga yang lain terpaksa meminta bantuan penduduk setempat.
Jelasnya, orang ramai bertindak memecahkan tingkap untuk membantu mangsa yang ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
ni pasti x pernah dgr lagu IBU(Exists). |
|
|
|
|
|
|
|
ibu dia tu rasional. tau anak dia x mampu kawen. bukan jenis ibu yg lepaskan je anak lelaki problem ke memana pompuan. janji lepas tanggungjawab. tp ibu dia pulak kena bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia2 tambah sia2 kena hadap hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la abu tu tak bagi anak dia kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
malas nk google....tarakan kt mn nie |
|
|
|
|
|
|
|
Akak pulak malas nak google menatang badik tu apa sis? |
|
|
|
|
|
|
| |
|