View: 679|Reply: 9
|
[Tempatan]
Belum sempat 24 jam pra tempahan dibuka, dah sold out di Shopee!
[Copy link]
|
|
Baru Sahaja Dibuka Pra-Tempahan, iPhone 14 Pro Max Didapati Sudah ‘Sold Out’ Di Shopee
Setelah menunggu sejak minggu lalu, Apple hari ini telah membuka pra-tempahan untuk siri iPhone 14 di Malaysia. Dengan ini, para pengguna di Malaysia kini boleh membuat pra-tempahan model yang diminati dan menerimanya seawal minggu depan.
Terdapat empat yang ditawarkan iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kesemua model ini akan mula dijual bermula minggu hadapan, 23 September 2022 tetapi hanya model iPhone 14 Plus akan ditawarkan bermula 7 Oktober kelak.
Dalam pada itu, belum sempat 24 jam sejak pra-tempahan siri iPhone 14 dibuka, model termahal iaitu iPhone 14 Pro Max menunjukkan permintaan yang tinggi sehinggakan model ini sold out di Shopee.
Apple iPhone 14 Pro juga tidak kurang hebatnya di mana hampir kesemua kedai rasmi di Shopee turut memaparkan tanda sold out.
Fokus utama pada kali ini sudah pasti iPhone 14 versi Pro yang mana menawarkan sejumlah ciri canggih dan rekaan berbeza termasuklah penggunaan cip Apple A16 Bionic, rekaan skrin berlubang berbentuk pil serta paling menarik sekali kehadiran Dynamic Island.
Sekiranya anda mahu jadi yang terawal, kini boleh membuat pra-tempahan menerusi laman rasmi Apple serta pengedar rasmi Apple dan juga syarikat telekomunikasi. Berdasarkan tinjauan di laman Apple, para pengguna yang membuat pra tempahan bakal menerima model yang ditempah sekitar dua hingga minggu daripada sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambat pula nak tunggu ipad pro. Iphone ni iols xminat lg nak beli yg baru |
|
|
|
|
|
|
|
xpelah sold out. tgh kumpul duit lg ni nak beli ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa2, mula2 semangat juga nak beli, sekali tengok harga dah naik sampai 500 hinggit tak jadi la beli |
|
|
|
|
|
|
|
Oppo pun ok...tk perlu berebit |
|
|
|
|
|
|
| |
|