CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Kedah] MADA aktifkan pelan persediaan banjir

[Copy link]
Post time 2-10-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengaktifkan pelan persediaan banjir Kawasan Muda bertujuan menghadapi fenomena La Nina yang dijangka bermula hujung tahun ini.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman, berkata pihaknya berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam memastikan semua infrastruktur pengairan dan saliran serta kelengkapan lain berada dalam keadaan baik.

Katanya, ramalan cuaca bagi tempoh September 2022 hingga Februari 2023 yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan jangkaan kitaran atmosfera berlaku di kawasan tropika, konsisten dengan keadaan La Nina.

"Ramalan menunjukkan bermula bulan ini hingga Februari tahun hadapan, Kedah dijangka menerima taburan hujan purata antara 290 milimeter (mm) hingga 440mm, manakala Perlis antara 200 hingga 300mm.


"Kawasan Muda berkemungkinan menerima hujan lebat di kawasan empangan, sungai dan sawah dan ia boleh menyebabkan penambahan air di empangan, peningkatan aliran sungai dan kenaikan kedalaman air di sawah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Tarmizi berkata, dalam menghadapi kemungkinan banjir, MADA sentiasa mengutamakan kepentingan awam serta penanaman padi dalam menguruskan lebihan air akibat hujan.

Katanya, operasi saliran air banjir adalah melalui infrastruktur utama sedia ada yang membabitkan sistem Arau, sistem Lanabulu, sistem Alor Changileh, Pelubang Barrage serta Tandop Pasang Surut Ampang Jajar.

"Melalui perancangan awal ini, adalah diharap kerosakan harta awam dan padi dapat diminimumkan dengan kesulitan kepada

peladang dapat dikurangkan sekiranya banjir melanda Kawasan Muda.

"Sehingga hari ini, paras air di Empangan MADA adalah mencukupi iaitu di Pedu pada kadar 98.27 peratus, Muda (99.16 peratus) dan Empangan Ahning (83.85 peratus)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-persediaan-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.209957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list