CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan terjatuh sampan ditemukan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


GEORGETOWN - Seorang nelayan yang terjatuh daripada sampan di perairan Jelutong di sini ketika keluar menangkap ikan ditemukan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari Ahad.

Difahamkan, mangsa hilang selepas terjatuh pada petang Sabtu lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat Mohd Shahrul Mansor yang berusia 37 tahun itu ditemui terdampar di pantai Pulau Jerejak, Bayan Lepas.

    Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi melalui MERS 999 mengenai penemuan satu mayat lelaki pada tengah hari semalam (Ahad).

"Selepas menerima maklumat tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dan menemukan satu mayat lengkap berpakaian terdampar di pantai Pulau Jerejak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Balai Polis Sungai Nibong untuk tindakan selanjutnya.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk bedah siasat serta siasatan lanjut," ujar beliau.

Abd Razak berkata, mangsa yang beralamat di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dipercayai terjatuh dari sampan di perairan Jelutong di sini ketika keluar menangkap ikan.


"Berdasarkan laporan polis yang diterima oleh Balai Polis Jelutong, dipercayai cuaca buruk ketika kejadian, namun kita tidak mendapat sebarang maklumat awal berhubung kejadian ini," jelas beliau lagi.

Beliau menambah, komuniti maritim diingatkan agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk namun sekiranya keadaan mendesak, keselamatan perlu diutamakan iaitu sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik.

Semalam tular di media sosial mengenai seorang nelayan yang dikatakan terjatuh di laut ketika sedang keluar menangkap ikan.
https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.130809 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list