View: 354|Reply: 0
|
[Kedah]
Gas ammonia kilang ais bocor
[Copy link]
|
|

ANGGOTA Hazmat Kulim Hi Tech membuat pemeriksaan di kawasan kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia di Kuala Kedah, Alor Setar di sini.
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR: Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Kuala Kedah di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 pagi berhubung kejadian sebelum 15 anggota dikejarkan ke lokasi itu.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja di sini serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Kulim Hi Tech bergegas ke kilang berkenaan dengan bantuan polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
“Setibanya pasukan ke lokasi kejadian Komander Operasi membuat pemantauan dan mendapati terdapat bau gas yang dipercayai gas ammonia yang sangat kuat di lokasi, beliau mengarahkan anggota memakai alat pernafasan dan membuka satu aliran hos serta membuat ‘water curtain’ bagi menghampiri kawasan kilang untuk mengenal pasti punca kebocoran.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) juga menemukan seorang lelaki berusia 40 tahun tidak sedarkan diri di dalam kawasan kilang sebelum segera dibawa keluar untuk diberikan rawatan awal,” katanya.
Tambahnya, lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak PBSM untuk tindakan dan rawatan lanjut.
“PKO menemukan injap gas yang bocor dan menutup injap tersebut, pasukan Hazmat membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi mendapatkan bacaan PPM (parts per million) di sekitar kawasan sekitar supaya selamat.
“Pasukan Hazmat mengesahkan kawasan kilang dan persekitaraan selamat dan operasi tamat pada pukul 10.19 pagi,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... a-kilang-ais-bocor/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|