CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Kedah] Liga Super: Polis Kedah beri amaran, perketat kawalan stadium

[Copy link]
Post time 3-10-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode

WAN HASSAN WAN AHMAD

    Oleh JAMLIAH ABDULLAH
    3 Oktober 2022, 1:18 pm

ALOR SETAR: Polis Kedah memberi amaran keras kepada penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, malam esok supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam mencetuskan perkara tidak diingini ketika perlawanan itu.

“Kita berharap penyokong kedua-dua pasukan menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan. Tiada ada ejek-mengejek atau provokasi. Kalau kita lihat elemen-elemen ini sebenarnya akan menyebabkan perselisihan faham dan mencetus perkara yang tidak diingini.

“Kita nasihatkan kepada penonton supaya menjauhi elemen itu. Tengok bola sepak sahaja, kalah menang itu perkara biasa dalam sukan,” katanya di sini hari ini.

Pertembungan aksi Liga Super antara kedua-dua gergasi utara dan selatan tanah air itu menjadi tumpuan penyokong dan peminat bola sepak negara.

Walaupun ia bukan perlawanan akhir, namun, pertembungan itu mendapat perhatian ekoran ‘aksi’ di luar padang melibatkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Wan Hassan berkata, pihak polis akan turut memperketatkan kawalan keselamatan dengan menempatkan lebih ramai anggota di stadium tersebut sepanjang perlawanan.

“Memang kita ada buat persiapan rapi dengan mengadakan kawalan lebih ketat di lokasi perlawanan malam esok. Saya mendapat maklumat perlawanan ini dinanti-nantikan ramai dan tiket pun laris.

“Jadi kita akan perketatkan kawalan dan tambah anggota untuk mengawal. Kita juga bimbang jika ada pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk mencetuskan huru-hara. Kita tidak benarkan,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... at-kawalan-stadium/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.178204 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list