CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 individu berdepan 150 pertuduhan pengubahan wang haram RM300 juta

[Copy link]
Post time 5-10-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Nasri hadir ke Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan nilai lebih 300 juta. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Seorang pengarah urusan syarikat dan ketua pegawai pemasaran bersama isteri serta anak perempuannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai lebih RM300 juta di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Nasri Abdul Rahim, 36, yang juga Pengarah Urusan Nar Trading Traders Sdn Bhd mengangguk faham serta mohon dibicarakan selepas 118 pertuduhan terhadapnya dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Nasri didakwa menerima, memindahkan dan menggunakan sejumlah wang dipercayai hasil aktiviti haram sebanyak RM50,000 hingga RM15.86 juta untuk kegunaan peribadi termasuk pembelian saham.

Tertuduh kedua, Ketua Pegawai Pemasaran Syarikat Nar Trading Traders Sdn Bhd, Abdul Wahab S Mohd Mydin, 53, turut minta dibicarakan selepas 30 pertuduhan termasuk masing-masing satu pertuduhan bersama isterinya, Resool Bivi Yusof Gini, 50, dan anaknya, Nur Hafeezah, 26, selesai dibacakan jurubahasa.

Menurut kertas pertuduhan, Abdul Wahab didakwa menerima, memindahkan dan menggunakan sejumlah wang sebanyak RM11,868 hingga RM117 juta untuk kegunaan peribadi termasuk pembelian hartanah.

Isterinya, Resool Bivi dan anak mereka, Nur Hafeezah masing-masing didapati memindahkan sebanyak RM98,674 dan RM114,225 disyaki merupakan hasil daripada aktiviti haram sebagai pembayaran deposit pembelian hartanah.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia antara Mei 2018 hingga Disember 2020.

Pendakwaan bagi semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 41(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala Mohd Nasri diwakili peguam, S Raveentharan, manakala Abdul Wahab, isteri dan anak mereka diwakili Mashitah Jamaluddin @ Mohammad Shukri.

Mahkamah membenarkan Mohd Nasri diikat jamin sebanyak RM500,000, manakala Abdul Wahab pula diikat jamin sebanyak RM110,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 haribulan selain kedua-duanya perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, Resool Bivi dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan anaknya yang bekerja sebagai operator kilang sebanyak RM25,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 November hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-haram-rm300-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.376221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list