Georgetown: Penemuan najis tikus antara kesalahan yang menyebabkan sebuah premis makanan di daerah Timur Laut, di sini, menerima notis penutupan 14 hari sehingga 19 Oktober ini.
Arahan berkenaan dikeluarkan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi Operasi Penguatkuasaan Premis Makanan yang dijalankan, semalam.
Sementara itu, satu lagi premis dikenakan tiga kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen premis makanan, perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik dan tiada lesen aktiviti hiburan.
Pekerja di premis berkenaan turut didapati tidak mendapatkan suntikan anti-tifoid, katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Notis penutupan dilakukan mengikut Undang-undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991.