CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Kedah] Curi nadir bumi jejas alam sekitar, keselamatan dan maruah negara

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Dr Ahmad Ismail

Alor Setar: Aktiviti penerokaan hutan termasuk perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) akan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada hakisan ketika hujan lebat.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail, berkata ia turut memberi kesan kepada perubahan kualiti air sungai di sekitar kawasan berkenaan.

"Jika berlaku hakisan permukaan berlebihan, akan nampak perubahan kepada air sungai dan dapat dilihat oleh penduduk tempatan serta aktiviti pemantauan kualiti air jika ada.


"Laporan kejadian oleh penduduk tempatan penting kerana kesan hakisan boleh mengganggu kehidupan mereka segi sumber air bersih, sumber pendapatan dari sungai dan kesan kesihatan jangka pendek dan panjang jika air sungai tercemar dengan bahan kimia, "katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesan kepada alam sekitar berlaku perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif di Bukit Enggang Sik sejak beberapa bulan lalu.

Pada Selasa lalu, operasi menumpaskan kegiatan sindiket yang melakukan perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif di Sik, Kedah menyelamatkan negara daripada kemungkinan kerugian berbilion ringgit.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kegiatan sindiket itu berjaya dipatahkan baru-baru ini menerusi penggunaan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS).

Katanya, hasil operasi yang dijalankan, pihak berkuasa menahan beberapa warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti perlombongan haram berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), berkata kes kecurian sumber semula jadi oleh orang asing memberikan cabaran baharu kepada pihak berkuasa dan penduduk tempatan yang boleh dikaitkan dengan keselamatan negara dan maruah negara.

Katanya, pemantauan yang lebih kerap dan menyeluruh perlu segera dilakukan dengan menggunakan teknologi tinggi di kawasan berkenaan melalui imej setelit.

"Isu pembalakan haram, penerokaan hutan, banjir lumpur, banjir puing, tanah runtuh dan bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda, kemudahan awam dan kehilangan nyawa, baharu berlaku dan menjadi tajuk hangat serta kebimbangan penduduk terbabit.

"Oleh kerana ia mungkin membabitkan keselamatan negara dan kawasan yang mungkin mempunyai sejarah keselamatan maka semua pihak perlu bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengekang kejadian yang sama berulang," katanya.

Beliau berkata dengan pendedahan kegiatan haram itu, orang ramai turut akan dapat bekerjasama dengan pihak keselamatan dan agensi agensi berkaitan untuk menjaga seluruh kawasan.

"Maklumat yang didapati boleh dikongsikan dengan penduduk tempatan agar pemantauan lebih berkesan.

"Tahniah kepada Jabatan Hutan dapat mengesan aktiviti dengan penggunaan teknologi yang ada.

Penggunaan teknologi yang lebih baik perlu dalam mengesan aktiviti penerokaan hutan dan pemburuan haram di hutan simpan atau hutan yang dilindungi," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan pergerakan kereta mewah dan lori keluar masuk pada waktu tertentu ke Bukit Enggang menimbulkan rasa curiga penduduk kampung berhampiran sejak Jun lalu.

Beberapa orang penduduk kampung kemudian bertindak mengintip dengan lori ke kawasan sindiket terbabit membersihkan kandungan di dalam guni dipercayai nadir bumi di Tasik Beris, Sik.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-dan-maruah-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.228567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list