CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Borneo] [LUAR NEGARA] Senaman “buaya merangkak” baiki tulang belakang, jadi kegilaan di China

[Copy link]
Post time 20-10-2022 12:11 AM | Show all posts |Read mode


JIANGSU: Sebuah kawasan pergunungan di timur China menjadi tumpuan media sosial terkini di negara itu, namun bukan kerana pemandangannya yang indah, sebaliknya kerana “Kumpulan Buaya”.
Ia terdiri daripada ratusan penduduk tempatan yang merangkak di tanah seperti buaya yang dikatakan sebagai senaman untuk membaiki tulang belakang.

Mereka berkumpul di Gunung Xiangshan lengkap berpakaian seragam, sarung tangan dan melaungkan slogan semangat sambil merangkak seperti buaya di trek berlari dan dataran terbuka setiap hari, lapor CCTV media kerajaan.

Aktiviti ini selama setahun dengan keahlian berkembang daripada hanya beberapa orang pada mulanya kepada hampir 1,000 orang.

Pergerakan tersebut dikatakan dapat menguatkan otot belakang dan melegakan sakit belakang jika dilakukan secara teratur, untuk tempoh yang cukup lama.

Kewujudan senaman yang agak luar biasa ini menyebabkan rakyat China terpesona melihatnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.102806 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list