CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

     Close [Copy link]
Post time 2-2-2011 09:55 AM | Show all posts
salam... pagi suma....
mana lah kak arjuna kita dah ilang nie.... please n3nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 10:31 AM | Show all posts
smiley gi cairo takpe... jangan Dahlia kena colek bawak gi Cairo  udah le
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 2016# sang_arjuna


Cerita pengalaman smiley gi cairo.......
tgk tengah rusuhan ramai negara dah panggil rakyat mereka balik
macam x percaya perkara itu blh berlaku kat Mesir,,,
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:07 AM | Show all posts
kesian Dahlia....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:24 AM | Show all posts
Salam semua

GONG XI FA CAI

SELAMAT BERCUTI

akak smiley baru pulang dari Cairo ( sireyes ni ...
sang_arjuna Post at 2-2-2011 00:15


tak pe takpe..dahlia bior kena kidnapped lelama sikit...TAPI...citelah pasal kat cairo tu...nak tahu kisah sebenor...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:24 AM | Show all posts
salam...
datang punch card...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2011 12:40 PM | Show all posts
kaypoooooooooooooo

lama hang hilanggg no
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 08:37 PM | Show all posts
kaypoooooooooooooo

lama hang hilanggg no
wwannurr Post at 2-2-2011 12:40


memula aku ikut dahlia...kena kidnapped sama...lepas tu..aku ikut smiley.......;)....dalam mimpi jelah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 09:27 PM | Show all posts
orang upahan datin cuti hari wilayah dengan raya cina...
so lambek sket dahlia diselamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 12:27 PM | Show all posts
selamat tahun baru cina.. gagah fazss duk kg ni selak2 page
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 02:01 PM | Show all posts
checking2.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 02:26 PM | Show all posts
setia menanti n3.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 04:21 PM | Show all posts
selamat tahun baru cina.. gagah fazss duk kg ni selak2 page
fazss Post at 3-2-2011 12:27


fazss, org yg xbalik kg ni pun gagah n gigih gak menyelak2 page...
kot2 ada angpau tahun baru cina..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 2033# merahsilver


    tak ada gaya yer ni, pas tahun baru cina ni kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 2016# sang_arjuna


   welcome back kak... mcm mana cairo? risau dgn keadaan kt sana.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2011 01:20 AM | Show all posts
Reply 2026# kaypo

Aku sampai Cairo hari Selasa malam ( 25/1). Grup kita 20 org tinggal kat Heliopolis, jauh gak dari city centre so tak kisah sgt pasal rusuhan. Masa tu dah ada rusuhan tapi kecil jer.
Hari Rabu & Khamis kita pergi melawat makam Saidina Hussain, Masjid Al Azhar, Bazaar Khan El Khalili, makam cucu Rasulullah Sayidah Nafisah,  piramid, makam Imam Syafie ( kira ala jejak rasul lah). Tak ada problem pun. Bila kawan2 SMS tanya pasal riot aku kata propa media barat je. Macam kondifen gitu... kih kih.
Hari Jumaat lepas solat Jumaat baru start rusuhan besar besaran. Internet dgn phone line semua takleh pakai. Malam tu kita pergi rumah Sheikh pengajar di Al Azhar sbb ada upacara khatam kitab Sahih Bukhari. On the way,  kereta kena baling batu. Tapi takdelah teruk sangat  sbb yg baling batu tu budak2 je.  Bila habis pengajian,  kita orang tgk bandar dah gelap. Rupanya dah start curfew. Masing masing dah kecut perut wpun baru perabih nasi mandi. Nak balik hotel kena redah penunjuk perasaan...fuuuh ..masa ni scary betul. Drebar teksi buat asyik buat u turn dan koner baring sbb nak elak riot. Sudahlah teksi dia sgt hazabedah mcm nak terkopak bila bila masa. Tapi alhamdulillah sampai juga hotel.

Nak pendekkan cerita besoknya ( hari Sabtu ) dah tak boleh keluar sebab curfew. Tapi aku dengan kenkawan yg ketegaq curi juga pergi mall sebelah hotel. Nasib kurang baik, kedai  dah bnyk tutup & moneychanger pun dah habis duit jadi tak dapatlah shopping... sedey. Petang tu, bila asyik dengar bunyi tembakan dan tank pun dah beratur di luar hotel, ketua group kita orang pun terus cari tiket utk balik. Sepatutnya kita balik 2/2 tapi nasib baik ada org Gulf Air sanggup tolong dapatkan tiket utk 30/1.

Hari Ahad kita pun bertolak dari hotel. Sampai airport Cairo plak, kami terpaksa berhempas pulas dalam lautan manusia. Memang chaos betullah. Korang bayangkan, kita tiba kat pintu airport pukul 9 pagi, pukul 4 ptg baru sampai check in counter padahal airport tak besar mana pun ( lebih kurang airport Penang).  Penat toksah cakap lah. Kaki aku dah macam nak tercabut. Rasa macam masuk wrestling WWF sebab semua pakai serbu. Dugaan betul! At last dapat juga naik flight GulfAir pukul 6 ptg ke Bahrain. Transit satu hari pastu balik Msia. Alhamdulillah.

Sekianlah pengalaman aku di bumi Mesir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2011 01:23 AM | Show all posts
meh kita sambung cerita Dahlia plak
...............................................................
“ Joey, aku nak terkencing ni. Tak tahan dah”

“ Kau ni apahal Dol? Tadi dah berhenti kencing. Tak lawas lagi? Gila ke nak suruh aku berhenti lagi sekali? Mesti dah ada polis yang ikut kereta kita” balas Joey, si pemandu. Matanya melingas ke tempat duduk belakang. Tawanan mereka masih tidak berkutik.

“ Aku kencing dalam kereta kau kang! Berhenti lah kejap. Aku kencing dalam semak. Tak ada pun kereta di belakang kita. Kita kan dah dua kali tukar kereta. Polis tak cam lah.” Dol meninggikan suara

Suara dua lelaki itu bertekak mencecah gegendang telinga Dahlia. Sudah beberapa minit dia sedar dari kesan ubat pelali. Namun dia membatukan diri. Aku kena pura pura masih tak sedarkan diri kalau aku nak selamat. Hari sudah mula redup. Dia berada dalam kereta jenis sedan yang besar, bukan lagi Avanza. Selain Joey dan Dol, ada seorang penumpang di depan dan seorang lagi lelaki mengapitnya di belakang. Tubuhnya lenguh setelah begitu lama duduk dalam posisi sama. Keinginan untuk meregangkan tubuh amat kuat tapi dia tak berani menguit walaupun se inci. Arrghh… kebasnya punggung.

“ Eh, korang tolong diam lah!  Joey berhenti kejap.” Herdik lelaki di sebelah pemandu

“ OK Boss” akur Joey. Siapa pula mastermind rancangan ini? Dahlia tidak kenal suara ketua penculik.

Sebaik kereta di hentikan, lelaki di sebelah kiri Dahlia pantas memboloskan diri. Pintu di biarkan terbuka. Dah nak terkucil sangat agaknya. Lelaki yang di gelar Boss menurunkan cermin tingkap sebelum menyalakan rokok.

“ Lama lagi kah?” tanya Boss pada Joey

“ Tiga jam lagi kot”

“ Lepas ni drive cepat sikit. Aku nak sampai cepat. Big boss dah banyak kali SMS.”

“ Nak drive laju tu boleh tapi jalan lama ni banyak lembu dengan kambing. Kalau accident dengan lembu  banyak hal pula nanti”

“ Aku dah lapar. Kejap lagi bila sampai rest area kat Sg Petani kita berhenti ya” sampuk lelaki di sebelah Dahlia.

“ Kalau Big Boss mengamuk, kau jawab” balas Joey.

Siapa Big Boss? Dari perbualan mereka Dahlia dapat meneka yang kereta mereka dalam perjalanan menuju ke sempadan. Entah entah aku jadi mangsa sindiket pelacuran. Farid Bongok nak jual aku kat bapa ayam di Haadyai kah? Kenapa tak ada orang datang selamatkan aku? Kenapa Kak Azlin tak repot polis? Takkan Babah tak perasan aku hilang? Dia tak sayang aku lagi? Atau mungkin Babah kena sakit jantung bila dengar berita aku di culik. Mana hero aku Cikgu Amir? Oh ya, dia dah tak ada di KK. Cikgu Amir cuma tinggal kenangan. Mata Dahlia mula bertakung di sebalik kelopak yang terkatup rapat.

Lelaki yang tinggal di sebelahnya menguap kemudian menyandarkan kepala di belakang tempat duduk sambil memejam mata. Ini peluang bagus untuk aku. Dahlia tidak berfikir panjang. Its now or never. Dia terus melompat keluar dan memecut sekuat hati. Ada rumah kampung tersorok di celah pokok kira kira 300 meter dari situ. Aku kena sampai di sana sebelum mereka menangkap aku. Jeritan dan laungan  Joey dan konco konconya silih berganti. Dahlia mengerah seluruh tenaganya. Derapan kaki mereka makin dekat.

“ TOLOOONGGG!” Dahlia menjerit walaupun tiada kelibat manusia di sekitar. Nafasnya tercungap cungap. Dadanya bagai di palu. Pandangan matanya mula berbalam hingga kakinya terseradung akar pohon. Tubuhnya di paut dari belakang sebelum tersembam. Habislah aku! BANG!!! GEDEBUM!!Dia terjatuh mencium tanah, di himpit oleh sesuatu yang berat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2011 01:37 AM | Show all posts
Dahlia membuka mata perlahan. Sinar lampu kalimantang membuat matanya silau.  Di mana aku? Rasanya macam aku kat dalam bilik. Suara lelaki sayup memanggil namanya.

“ Are you okay ?” Yang pasti ini bukan soalan Mungkar Nakir. Aku masih di alam fana. Aku belum mati … alhamdulillah!

Dahlia memaksa matanya untuk celik. Kelopak matanya berat. Di sebelahnya bukan geng penculik tadi tapi seorang yang langsung tak di jangka.

“ Everything is okay, sayang.  Lia selamat.  Lia kat hospital sekarang.”  Kepalanya di sentuh lembut.

“ Cikgu… “ Cuma sepatah kata mampu di luah. Mulutnya terkumat kamit ingin bertanya tapi suaranya tersekat. Macam mana aku ada di sini? Apa dah jadi? Mana penculik tadi? Bunyi tembakan terngiang ngiang di telinga.Tubuhnya seram sejuk dan tidur menyapa nya semula.

Dahlia tertanya tanya  bila kelibat Cikgu Amir sudah tiada sebaik dia membuka mata. Apakah aku cuma bermimpi? Air jernih bertakung di mata. Seorang doctor wanita Cina separuh umur menghampirinya.

“ Dahlia, bagus, awak sudah sedar. I’m Dr Evelyn Chong.” Stetoskop terus di tekapkan ke dadanya. Jururawat mengambil suhu badan dan tekanan darah. Lututnya berbalut dan beberapa kesan calar terdapat di lengannya. Di tangan kirinya terlekat jarum drip yang di sambung dengan tiub ke botol plastic.

“ Rasa sakit?” tanya Dr Evelyn. Dahlia menggeleng tapi airmatanya mengalir. Dia rasa keseorangan di kala itu. Aku nak Babah!

“ Don’t cry, dear. Everything is all right. You are safe. It is normal to be traumatised in your situation.” Lembut nada Dr Evelyn. Dahlia mengelap airmata.

“ Where am I? How did I get here? Tadi ada orang datang melawat saya kah?”

Dr Evelyn tersenyum “ I’ll let your fiancé explain. Dia sedang tunggu di luar.”

Dahlia terkejut bila mendengar perkataan fiancé. Ya Allah, Farid ada di sini!

“ NO! Farid is not my fiancé anymore.  Saya tak nak jumpa dia!” Jeritnya sambil menekup muka. Esakannya makin menjadi.

“ Lia, its okay, sayang. Farid tak ada di sini. ” Tangannya di tarik perlahan dan di genggam. “ I’m here. I akan jaga you. I tak akan tinggalkan you.”

“ HAA?“ Mata Dahlia terbeliak. Aku tidak bermimpi rupanya. Tapi sejak bila pula Cikgu Amir jadi tunang aku? Tangannya di tarik dari genggaman Amir. Dia terus duduk di katil. Selimut yang menutup badannya melurut ke bawah. Cikgu Amir menyembunykan senyum. Mak oi! Sexynya Dahlia dengan gaun hospital jarang. Tak apa, tak lama lagi aku punya. Cikgu Amir menarik kerusi di sebelah katil. Dahlia bernafas lega. Phew! Syukur! Seram sejuk rasanya bila teringat bagaimana dia cuba melarikan diri.

“ Apa jadi kat saya? Macam mana Cikgu Amir ada di sini? Kita di mana?”  

“ Syyy. Jangan excited sangat. Lia kena bertenang. Kita di hospital Sungai Petani.”

“You ingat tak yang you kena culik?” Dahlia mengangguk

“ Siapa yang culik saya?”

“ Siapa lagi? Farid lah. “ Amir ketawa kecil

“ Kenapa awak gelak? Kelakar sangat kah bila orang kena culik?” Dahlia meniruskan mata

“ Memang kelakar. Ada orang tu kempunanlah menunggu kat rumah kadi di Narathiwat”

“ Ha? Saya tak faham. Kadi apa pula? Siapa yang pergi Narathiwat?” Tiba tiba Dahlia memegang kepalanya. Rasa pening dan mual menyerang. Amir terus memaut bahunya dan membaringkan kepalanya ke bantal.

“ You nak I panggil nurse?”

“ Its all right. Tadi rasa pening semacam tapi dah okay” Amir membetulkan selimut Dahlia.

“ Relaks , Lia. Tarik nafas perlahan lahan. Jangan banyak gerak dan cakap. Awak tu baru sedar. Biar I cerita apa yang berlaku, you dengar saja.  Azlin report kat polis yang mereka bawa you lari dalam kereta Avanza depan Toko Buku Nilam. Pandai juga orang upahan Farid. Dua kali mereka tukar kereta supaya polis tak dapat jejak. Tapi mereka bukan profesional. Asyik nak terkencing lah, nak makan lah. Polis dapat jejak mereka di Prai. Cuma polis terpaksa ikut dari jauh, takut mereka cederakan Lia. Masa Lia lari dari kereta tadi, nasib baik polis dah dekat. Mereka dapat tangkap keempat empat penculik. Bukan susah pun untuk paksa mereka mengaku yang mereka di upah oleh Farid untuk bawa Lia ke Narathiwat. Farid nak paksa Lia kahwin dengan dia di sana. Syukur pada Allah, Lia selamat” Amir meraup muka.

“ Bodoh piang punya Farid!” desis Dahlia. Bulu romanya berdiri bila teringat peristiwa tadi. Kisah hidup aku ni macam drama Usop Selam.

“ Macam mana Cikgu Amir boleh tahu saya kena culik?”

“ Mummy, Maya dan Abang ada di rumah Lia bila Azlin telefon Babah kata Lia kena culik. I ada di rest house masa tu. Mummy terus telefon kawan dia di Bukit Aman.”

“ Oh. Tolong cakap pada Puan Sri terimakasih sebab selamatkan saya. Babah dah tahu saya selamat?  ” Otaknya mula letih. Matanya pun dah mengantuk kembali.

“ I dah call Babah tadi. Lia tak nak tanya kenapa Mummy pergi rumah Lia?”

“ Er..Dia nak pesan pai atau cupcakes?” Itu saja alasan yang munasabah

“ Bukan. Mummy pergi sebab nak meminang anak Cikgu Zul. Babah awak dah setuju. Kali ni Lia jangan banyak helah. I won’t take no for an answer. ”

Kantuknya terus hilang. Dahlia membulatkan mata. Dadanya berdebar. Wajah tenang di depannya di renung.  
“Awak nak kawin dengan saya? Dulu kata tak nak jumpa saya dah. Kenapa pula tiba tiba awak ubah fikiran? Puan Sri paksa awak?“

“ Hari tu I berlakun saja, nak test Lia. Of course Mummy tak paksa. I lebih dari rela. Kali ni I pakai kuasa veto. Lia dah terhutang budi dengan I dan keluarga I. So , its payback time. Hutang budi kena bayar dengan body. I tak peduli.” Amir memeluk tubuh sambil menahan tawa. Muka Dahlia macam kena renjatan letrik.

PAPPP! Tamparan hinggap di lengan Amir.“ Tak senonoh!” getus Dahlia. Jiwanya kacau. Drama satu episode ini terlalu banyak meruntun emosi. Dari takut, ke sedih, ke terkejut. Macam macam.  Matanya mula berair kembali

“ Sayang, please don’t cry. I betul betul sayangkan you. Takkan you tak percaya”

“ Tapi you orang kaya. Tak padan dengan saya. Saya takut orang kata saya golddigger lah, materialistic lah. Dunia kita dah berbeza. You bukan lagi Cikgu Amir , guru Sekolah Sri Kota. ” Dahlia mengelap bucu matanya. Mudahnya kalau Cikgu Amir bukan orang kaya. Tak payah fikir lagi, aku akan terus terima lamarannya. Peliknya aku. Semua perempuan nak suami kaya tapi aku tolak tuah.

“ Lia, I tetap orang yang sama. Cukuplah kalau you mengaku yang you pernah ada secebis perasaan sayang pada seorang Cikgu Amir. I janji yang I akan buat you bahagia. Bagilah I peluang. Jangan hukum I sebab I anak Puan Sri Sabihah.”

Apa lagi yang aku tunggu? Kenapa masih nak bermain tarik tali sedangkan jawapannya sudah jelas. Bukankah kau menangis macam nak rak bila Amir tinggalkan kau di PD dulu? Sekarang mengada pula nak jual mahal. Piraahhh! Hakikatnya aku tak sanggup hidup tanpa Cikgu Amir. Biarlah apa orang nak kata pun. Yang penting dia berada di sisi aku setiap kali aku membuka mata. Ai -yayaya…. Gatalnya kau, Dahlia.

“ Okay.” Dahlia mengangguk.

“ Okay jer? Apa ni? Tak romantiklah”

“ Cikgu Amir. I love you. Jom kita kawin. Puas hati?” Dahlia menghela nafas. Mukanya merah samar.

“ That’s better. Tapi betulkah  you nak kawin terus, tak nak nikah dulu? Bukan I tak sudi tapi apa kata Cikgu Zul …”

GEDEPAP! Tamparan hinggap lagi sekali ke lengan Amir. “ Jahat!”

Amir ketawa  “ Adoi! Garangnya. Tapi I suka. Sejak pertama kali jumpa Lia, I dah tertarik dengan gadis comel yang nak report I kat polis sebab I tersalah peluk dia.  Hidup I ceria bila I ada you. You make me complete, Cik Pai Ayam “

Pipi Dahlia di cubit. “Besok kalau Lia dah sihat, doctor kata boleh discharge. Kita balik KK secepat mungkin. Lepas tu , kita  pergi kursus kahwin. Sekarang tidur cepat. Lia kena cukup rehat.”

Dahlia memandang ke katil kosong yang tidak berpenghuni di sebelah. Bilik hospital ini sunyi semacam.  “ Er..  saya takut lah. ”

“ Jangan takut. I tunggu kat sofa di luar. Malam ni I belum boleh teman you dalam bilik. Tapi mula minggu depan jangan harap nak tidur seorang. ” Amir mengenyit mata.

Aaa… lagi takut! Dahlia terus menarik selimut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 01:37 AM | Show all posts
Reply 2036# sang_arjuna


    alhamdulillah korang semua selamat sampai ke Malaysia....

thanks for the new entrys...udah rindu bangat...hehehhehhe....sambung lagi ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2011 01:45 AM | Show all posts
Reply 2039# smcjt70

tak tido lagi?


gudnite
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065996 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list