CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gam.Gajah

Aqasha kini Suami Norbaizura

[Copy link]
Post time 22-10-2010 10:45 AM | Show all posts
tahniah la....kawin cepat2 la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 11:48 AM | Show all posts
kuning sgt baju diorg...hehe..;)
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:19 PM | Show all posts
tahniah aqasha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 02:52 AM | Show all posts
Read in a blog the wedding reception will be on 25 December
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 11:19 AM | Show all posts
Reply 1# ipin86


    bagus! kawin cpat2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 02:05 AM | Show all posts
tahniah!!semoga berkekalan sehingga ke syurga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2010 02:16 AM | Show all posts
melepas nk mengurat AQasha nie,  tp qota Lelaki ley kawen 4 kan...kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by blekkep at 5-11-2010 09:12

...edited*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 12:10 AM | Show all posts
tahniah cantik color baju sesuai dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 12:31 AM | Show all posts
bini dia nampak tua...opss
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 07:50 AM | Show all posts
Aqasha berdebar menanti 'orang baru'

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL



TIADA apa yang cukup membahagiakan bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga apabila disahkan bakal menimang cahaya mata sulung.

Begitulah yang turut dirasai oleh pelakon dan penyanyi, Aqasha, 28, dan isterinya, Noor Baizura Mohd. Sabri, 27, yang secara rasminya bergelar suami isteri pada 10 Oktober tahun lalu.

Setelah tiga bulan melayari bahtera perkahwinan akhirnya Aqasha yang bernama sebenar, Firdee Aqasha Rosli itu dikurniakan hadiah tahun baru yang cukup berharga dari Ilahi apabila doktor mengesahkan isterinya kini hamil lima minggu.

Bertemu Aqasha pada majlis ramah mesra bersama pelakon dan pengarah siri Dia Bukan Maryam di Sri Pentas, Damansara baru-baru ini, jelas Aqasha dia cukup teruja dengan khabar tersebut dan kini menggandakan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Rasa selepas ini tanggungjawab saya akan jadi lebih besar. Apatah lagi nak sambut anak nanti perlukan banyak persediaan.

"ersediaan sebagai seorang ayah dalam agama Islam bagi saya banyak menyedarkan dan ini pengalaman yang cukup bagus buat saya," katanya.

Menurut Aqasha, dia telah mula menyukai kanak-kanak sejak empat tahun lalu malah, melangkah ke gerbang perkahwinan membuatkan dia banyak berdoa agar dikurniakan zuriat.

Jelas Aqasha, isterinya itu masih belum mengalami alahan yang teruk namun, dia banyak mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam menangani emosi isteri yang sedang mengalami perubahan hormon.

"Apa yang doktor sering beritahu pada saya, peringkat awal kehamilan ramai isteri yang akan berasa tidak selesa dengan suami mereka. Malah, doktor dan keluarga banyak menasihatkan saya agar tidak terikut-ikut dengan perubahan emosi isteri pada peringkat ini.

"Alhamdulillah, setakat ini isteri mahupun saya sendiri masih belum mengalami apa-apa alahan cuma selera makan semakin bertambah," kata pelakon filem Embun itu lagi.

Menyingkap perkembangan terkini kerjaya seni Aqasha, dia kini sedang mengikuti pengambaran siri terbaru arahan pengarah berpengalaman, Erma Fatima, Dia Bukan Maryam yang turut dijayakan oleh Eja, Lisdawati dan Fahrin Ahmad.

Rantaian 26 episod yang bakal memulakan siarannya menerusi slot Ratu di TV9 pada setiap hari Isnin dan Selasa, menyaksikan pelakon tersebut memegang watak sebagai Shafiq, seorang yang bersikap skeptis dengan cinta.

Bagaimanapun, kehadiran Zaimah yang dilakonkan oleh Lisdawati, mula membuka pintu hatinya untuk kembali mengenal cinta.

Bercerita tentang siri yang sarat emosi dan air mata itu kata Aqasha, dia hanya akan muncul menerusi siri tersebut pada 13 episod yang terakhir.

Dalam perkembangan lain, Aqasha bakal terlibat dalam sebuah drama berkisarkan percintaan arahan Rashid Sibir pada Mac ini.

-utusan-


tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 08:07 AM | Show all posts
tahniah qasha n wife....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 08:35 AM | Show all posts
oooooooooo patut lah si jura ni dah resign dari jadi moderator kat @109 , dah mengandung ropernya. jura citer hari tuh dia nak balik duk penang dan ada bsness beso nak dibuatnya. huhuhu......... tahniah lah jura @ kacoi
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by kokocrunch at 25-1-2011 09:27

Alhamdulillah...moga berbahagia selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:34 AM | Show all posts
alhamdullilah..semoga berbahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:12 AM | Show all posts
bestnya... dh pregnant..
thniah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 01:32 PM | Show all posts
Takleh edit tajuk ke? Sat lagi ada yg bukak benang bawu laks
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 02:03 PM | Show all posts
tahniah... murah rezeki dorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 02:26 PM | Show all posts
alhamdullilah....congrats!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:38 AM | Show all posts
dah selamat dapat baby ..anak nama alehandra ahmad






Penyanyi & pelakon, Firdee Aqasha Rosli (29) atau lebih dikenali sebagai Aqasha telah mengumumkan melalui laman twitternya di @TheAqasha mengenai kelahiran anak pertamanya bersama Noor Baizura Mohd Sabru (28) sebentar tadi.

Bayi lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha selamat dilahirkan sekitar pukul 6:14 petang tadi. Menurut Aqasha, isterinya sudah mengalami tanda-tanda kelahiran ketika dia menghadiri sesi soundcheck yang berlangsung di Alexis, Bangsar, malam tadi.

Aqasha menyambung lagi kelahiran pertama ini amat mendebarkan dirinya yang akan bergelar seorang ayah. Syukur, pada masa yang sama isterinya kekal bertenang di wad bersalin. Tahniah buat Aqasha & Noor Baizura daripada OHBULAN!

Imbas kembali, Aqasha & Noor Baizura dipasangkan sebagai suami isteri di majlis perkahwinan yang diadakan pada 10.10.2010 bertempat di Lake Field, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059953 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list