
Kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar, di sini, yang menyebabkan seorang kanak-kanak dan wanita maut. FOTO TULAR
Georgetown: Bukan kanak-kanak tetapi dua wanita maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala pusat bandar di sini, awal pagi ini.
Kejadian jam 3.50 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki tujuh individu itu dikatakan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di bahagian kanan.
Sumber berkata, kenderaan yang dinaiki tujuh mangsa berusia enam tahun hingga 54 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Juru menghala ke Bukit Gambir.
Berikutan pelanggaran itu, lima mangsa tercampak keluar kecuali pemandu dan penumpang hadapan.
Dua daripada mangsa iaitu wanita masing-masing berusia 25 serta 54 tahun maut di lokasi kejadian.
Manakala empat mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan sembilan tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
etua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan berdasarkan maklumat awal kejadian itu menyebabkan seorang kanak-kanak dan wanita maut.