View: 327|Reply: 0
|
[Kedah]
Kes denggi di Kedah naik 150 peratus
[Copy link]
|
|

DR Othman Warijo.
Alor Setar: Kes denggi di Kedah merekodkan peningkatan apabila sebanyak 1,161 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu, berbanding hanya 464 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, berkata jumlah kes denggi didapati naik 150.2 peratus dengan dua kematian turut dilaporkan berlaku.
Katanya, sehingga 12 November lalu, bilangan wabak meningkat kepada 90 berbanding 17 bagi tempoh sama pada 2021 dan daripada jumlah wabak yang dilaporkan terdapat enam lokasi panas yang berjaya dikawal, sembilan wabak masih aktif manakala 75 wabak lagi telah tamat.
"Dalam tempoh itu, sebanyak 300,932 premis diperiksa dan 5,404 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM2. 59 juta kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Othman berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.
Katanya, risiko kejadian demam denggi di negeri Kedah adalah tinggi berdasarkan kekerapan hujan dan pergerakan manusia yang tinggi.
"Untuk membendung penyakit denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk di negeri Kedah sewaktu musim hujan, seluruh anggota masyarakat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab dengan melaksanakan aktiviti membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan
tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing setiap minggu.
"Selain itu, antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan.
"Orang ramai juga diingatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit sendi teruk dan ruam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-naik-150-peratus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|