CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: 3 termasuk ahli kongsi gelap dituduh sepanjang kempen

[Copy link]
Post time 15-11-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: 3 termasuk ahli kongsi gelap dituduh sepanjang kempen

Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



MOHD Shuhaily ditemui ketika melakukan proses pengundian awal sempena Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Polis Pulau Pinang membuka 12 kertas kertas siasatan dan satu kertas inkuiri berhubung jenayah dan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata daripada 12 kes yang disiasat tiga individu telah dihadapkan ke mahkamah dengan seorang tertuduh disyaki membabitkan anggota kongsi gelap.

"Sejumlah 30 laporan polis diterima dengan seorang suspek membabitkan ahli kongsi gelap dituduh pada Jumaat lalu.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dalam tempoh 10 hari ini dengan kes yang dituduh antara bahang PRU15 yang kita lihat tiada yang luar biasa," katanya kepada pemberita selepas undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Khamis lalu, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kerana memeras ugut pengadu yang ingin memasang bendera di kawasan Parlimen Bukit Bendera dan disiasat disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Mohd Shuhaily berkata kes-kes lain disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi, Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat), Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan aduan fitnah dan Seksyen 24 (B) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagi kes yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (kesalahan mencederakan) tertuduh telah mengaku bersalah dan didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara manakala seorang lagi yang dituduh di bawah Seksyen 324 (menyerang dan mencederakan) dituduh semalam," katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima 986 permohonan permit berkaitan proses kempen daripada pelbagai parti politik dengan 360 daripadanya sudah dijalankan.

Terdahulu Mohd Shuhaily berkata seramai 6,051 pegawai kanan, rendah dan awam mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu membabitkan 28 pusat mengundi dan 33 saluran di seluruh Pulau Pinang dengan 179 orang melakukan undi pos.

Beliau berkata, pihaknya bertindak menggerakkan sejumlah 187 pegawai dan anggota untuk tujuan penugasan serta membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelaraskan proses undi awal hari ini.


Disiarkan pada: November 15, 2022 @ 2:08pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.102965 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list