CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zzcbr

Saman Ekor` Apa pandangan anda?

[Copy link]
Post time 8-11-2010 08:48 AM | Show all posts
apa susah.. bawak je lebih 180km/h.. lalu je depan camera speed trap tu.. konpem camera tu biol tak  ...
dragger Post at 6-11-2010 22:51



    memang betul.. haku drive, purata speed kalau kat highway, lingkungan 160-180km/h.. tak pernah dapat saman nieh..

selalu haku dapat,, yg jenis limit 80km/h, haku drive 90km/h.. kalau kat highway limit 110, haku drive 120..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 08:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by dragger at 8-11-2010 20:28
memang betul.. haku drive, purata speed kalau kat highway, lingkungan 160-180km/h.. tak pe ...
Fast-N-Furious Post at 8-11-2010 08:48



    name pun fas 'en fairus.... mmg la hang bawak laju menonong jer... ...

    kadang2 pulis saje je tembak plet kreta secara random... nak cukupkan kuota kot...



p/s: member aku penah kena speed trap dulu... speeding dlm 170km/h... bawak Suzuki Panther "Jerung"...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 08:29 PM | Show all posts
hapuskan aje ler saman ekor tu


jgn lupa saman parking sekali hapuskan
myoujin Post at 6-11-2010 23:32



    baik hapuskan semua saman jer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 02:31 AM | Show all posts
thanks to gomen yg x jadi kensel saman ekoq... dapat jugak menyumbang pada negara
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 06:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by mycos79 at 1-12-2010 06:25

Pesalah trafik dapat diskaun 50 peratus

KUALA LUMPUR - Berita gembira buat pesalah trafik yang liat untuk membayar saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan akan memberikan insentif istimewa kepada golongan itu dengan diskaun sehingga 50 peratus berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman Web Rasmi PDRM, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari bermula dari tarikh ia dikeluarkan akan diberikan insentif potongan 50 peratus daripada nilai kompaun.

***sapa yg dah bayar awal rugi lor......hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:20 AM | Show all posts
tak mampu nak bayar saman jgn bawak lebih speed limit.ni atas jalan berlagak cam la keta dia sorg je power.dah kena saman baru nak membebel....bingai tol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 10:23 AM | Show all posts
aku cadangkn saman ekoq ni batal terus ja
n had laju kebangsaan dinaikkan kpd
130km/j ok la
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:00 PM | Show all posts
tak mampu nak bayar saman jgn bawak lebih speed limit.ni atas jalan berlagak cam la keta dia sorg je ...
linnnda Post at 1-12-2010 09:20



btol tu ...


lg satu ... kalau kena saman jgn terus bayar .. tunggu je masa 'sale' nnt .. ada diskaun 50%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 09:35 AM | Show all posts
Kadar baru SAMAN DISELARAS



KUALA LUMPUR - Kerajaan menyeragam dan menyelaraskan sistem pembayaran saman berdasarkan konsep the more you delay, the more you pay bagi semua kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Penyeragaman dan penyelarasan semula kesalahan lalu lintas bagi semua kenderaan tersebut diumumkan oleh PDRM melalui laman sosial Facebook PDRM semalam. Penyeragaman dan penyelarasan pembayaran saman tersebut berkuat kuasa mulai 1 Mac lalu. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah mengikut kategori kesalahan, jenis kenderaan, jumlah kompaun perlu dibayar mengikut tempoh masa yang ditentukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:30 PM | Show all posts
nasib baik aku jarang balik kg guna highway..
pastu takde speedtrap kat LDP,  lega skit..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:49 PM | Show all posts
Reply 30# takumi86


sep dah tu bang kumik...dr kena rm300 sedekah kat pdrm baik baham durian musang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:31 PM | Show all posts
kena saman tak yah la bayar,,,,kena blacklist lantak pi la...tak leh renew lantak pi la.....jumpa roadblock berenti la tepi jalan.......benda senang ja la nak setel....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:32 PM | Show all posts
hpuskan jer.. cam tertipu jer.. cari la sumber lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 03:35 PM | Show all posts
sapa lgi nk bela rkyat.. saman x mmbantu dn mgurangkan kdar kmlangan.
knp x pertngkatkan kualiti knderaan. skng ni kualiti mkin krang sbb nk krngkn kos dn untk tnktkn jualan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 08:35 AM | Show all posts
aku sokong sama ekor dihapuskannnnnnn
ku_sha Post at 5-11-2010 16:13

SETUJU!! Dah ada page FB ke pasal SAMAN EKOR DIHAPUSKAN/DIMANSUHKAN?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:18 AM | Show all posts
Pemandu malaysia nie bila dah pegang stering kereta dia lupa segala2nyer ilang rasa pertimbangan bawak pon mulah mcm dia sorang je pakai keta laju power,tapi bila dah kena saman dok tunding jari kt polis la kerajaan lah,padahal salah diri sendiri tak mampu nak mengawal perasaan dan berhemah di jalan raya. Aku yg lalu ELITE hway tiap2 hari mmg banyak papan tanda amaran perangkap laju, tapi haram sekor pon tak mempedulikan semua bawak mcm pelumba F1,bila dah kena saman mula lah membebel,salah kerajaan la salah polis lah padahal salah sendiri. Next time nampak tanda perangkap laju tu pandai2 la slow kan keta je coz kt ELITE hway tu mmg selalu dia org buat operasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 09:30 AM | Show all posts
dari pengalamanku sendiri.. saman ekor ni sgt2 menyusahkan.

dpt saman ekor... waktu/tarikh tu saya sedang di pejabat, kerja. kereta tidak dipinjamkan pada sesiapa.

bila komplen ke pdrm.. pihak pdrm minta gambar keta, salinan geran DAN WANG POS RM10 utk proses.

bawa semua tu ke balai... siap AMBIL CUTI 1 hari menebeng di balai..  polis yg in charge takde.. taktau g mana... berjam2 tunggu... last2 dpt la tgk gambar keta mana yg sebenarnya di saman tu.. mmg lain.

jadi polis tu ckp akan padamkan rekod saman tu (berbelas tahun memandu tak pernah kena saman ... parking tickets tu adalah.. tapi semer dah bayar kat majlis)

nak claim balik RM10 tu saya tak kuasa... tapi saya mmg bantah saman ekor ni...org mcm saya jadi mangsa. patutlah ramai yg buat tak tau bab saman ekor.. janji nak renew roadtax/insurans tak sangkut... lantak pergilah saman ekor ni.

kes saya tu kes kereta satu lagi tu guna plat palsu... pihak polis suruh saya bgtau JPJ pasal ni... layanlah.. tak kuasa saya..

gomen-to-gomen tahap negara mundur... toksahlah menteri2 ni berangan nak bergelar negara maju..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 10:59 AM | Show all posts
'Jangan salah polis jika disaman'

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my



Salleh Mat Rasid (kanan) dan Abdul Aziz Yusof melihat seorang anggota polis trafik menggunakan kamera berkelajuan tinggi semasa operasi perangkap laju di Rawang, semalam. - uTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pesalah trafik tidak wajar menyalahkan pihak polis sekiranya disaman akibat memandu melebihi had laju selepas ini kerana mereka terlebih dahulu diberi peringatan sebelum dikenakan tindakan.

Peringatan berbentuk papan tanda 'Awas, Perangkap Had Laju' itu diletakkan beberapa kilometer sebelum lokasi polis merakamkan kelajuan kenderaan.

Anggota polis trafik akan berada di lokasi rakaman itu dan akan merakamkan gambar pesalah trafik secara bertentangan dengan arah pemandu.

Operasi perangkap had laju secara terbuka itu berkuat kuasa pada 1 Mei lalu selepas diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar pada April lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, tindakan memberi peringatan itu merupakan usaha polis untuk mendidik pemandu daripada terus mengambil tindakan menyaman mereka yang melanggar peraturan.

"Bagi membentuk pemandu berhemah, adalah lebih baik kita mencegah mereka melakukan kesalahan dengan memberi peringatan sebelum kita merakamkan kenderaan yang memandu melebihi had laju.

"Sebab itu, papan tanda diletakkan beberapa kilometer sebelum lokasi kita mengadakan perangkap had laju. Bagi pemandu yang tidak melakukan kesalahan, mereka tidak perlu takut dengan kehadiran polis," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi perangkap had laju di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Rawang, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof.

Dalam operasi kira-kira sejam hari ini, pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan tidak disaman serta-merta, sebaliknya mereka akan diberi notis berserta gambar kenderaan yang dipandu.

Salleh memberitahu, dalam operasi perangkap had laju secara terbuka selepas ini, pemandu yang melakukan kesalahan akan disaman serta-merta atau dihantar notis pemberitahuan ke alamat masing-masing.

Jelasnya, dalam notis tersebut akan disertakan gambar kenderaan selain kelajuan yang direkodkan ketika gambar itu dirakam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 03:29 PM | Show all posts
salam..
weh,aritu kecoh2 pasal xleh renew lesen klu ade saman..

tapi lepas tu aku baca, kata boleh je renew.sbb xde kuasa pun nak halang.
but tadi,kwn aku bgtau-dia xleh renew psl ada saman..

so,mana satu yg betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:49 PM | Show all posts
untuk mengelakkan penggunaan plate no palsu, apa kata guna kaedah canggih sket.  mungkin guna RFID.  bunyi mcm mahal.  tapi jika dimasukkan kos tu ke dala
m harga semasa pembelian kereta, rasanya tidak timbul soal kos tu.

mungkin kalau sesuatu kenderaan tu terlampau laju dan reader tak boleh trace baru lah pegawai polis tahan kereta tersebut dan dikenakan saman secara manual.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.103707 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list