View: 479|Reply: 1
|
[Sarawak]
Limpa ikan terusan dijual RM60,000 sekilogram
[Copy link]
|
|
Sarawak : RM60,000 sekilogram, itulah harga ‘tidak masuk akal’ limpa ikan terusan jantan, sekali gus menjadikannya buruan kaki pancing di Sungai Rajang sejak sekian lama.
Dikenali dengan panggilan ‘lupar ikan’ dalam bahasa tempatan, khazanah berharga Sungai Rajang itu dikatakan mempunyai khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
“Harga limpa ikan ini berbeza mengikut jenis dan kualiti, namun kebiasaannya spesis ikan jantan lebih mahal berbanding betina kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik.
“Limpa ikan jantan boleh dijual sehingga RM60,000 sekilogram manakala betina pula kira-kira RM3,300 hingga RM5,000 untuk sekilogram. Sudah pasti dengan harga yang tinggi ia menjadi buruan pemancing dan nelayan,”
Sebelum dijual, limpa ikan perlu dikeringkan terlebih dulu dan disimpan di tempat yang sesuai bagi mengekalkan kualitinya.
Menangkap ikan berkenaan tidak semudah disangka kerana hanya mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mampu menaikkan ikan yang dianggap dan sensitif itu.
“Sifatnya yang liar dan sensitif dengan persekitaran menyebabkannya sukar diperoleh. Jadi, mereka yang berpengalaman saja mampu menjinakkan ikan berkenaan,”
pendapatan lumayan membuatkan pemancing sanggup bersabar dan bersengkang mata kerana lebih banyak ikan ditangkap, semakin tinggi pulangan dapat diraih.
rezeki menaikkan ikan terusan dianggap tuah kerana ia mampu memberi pulangan yang tidak mengecewakan selain permintaan yang sentiasa tinggi sepanjang masa.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|