CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Belanda mampu juarai Piala Dunia

[Copy link]
Post time 4-12-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

VAN Gaal meraikan kejayaan bersama pemainnya.

Doha: Louis van Gaal mendakwa Belanda mempunyai peluang besar menjuarai Piala Dunia selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 untuk mara ke suku akhir semalam.

Van Gaal yang membawa negaranya ke separuh akhir di Brazil pada 2014 kini perlu mempersiapkan pasukan berdepan Argentina pada Sabtu depan.

"Saya fikir kami mempunyai peluang besar di sini," kata jurulatih berusia 71 tahun itu yang mengendalikan pasukannya kali ketiga.

"Kami masih ada tiga lagi perlawanan. Saya memperkatakannya sejak bertahun lalu. Kami mampu menjadi juara dunia. Kami berkata mengenai hubungan dalam pasukan. Bagaimana kami boleh membina pasukan kuat dan saya bangga dengan pemain dan sudah tentu prestasi dan keputusan."

Denzel Dumfries yang mencipta gerakan kepada dua jaringan pertama Belanda oleh Memphis Depay dan Daley Blind serta menjaringkan gol ketiga dipilih pemain terbaik perlawanan.

Ketika Van Gaal ditanya pandangannya mengenai Dumfries yang duduk di sebelahnya pada sidang media, dia mencium pipi pertahanan berusia 26 tahun itu dan berkata: "Denzel tahu sepenuhnya. Semalam atau sehari sebelum perlawanan, saya menciumnya. Saya akan menciumnya sekali lagi dan semua orang boleh lihat."

Dalam pada itu jurulatih AS, Gregg Berhalter yang tamat kontrak hujung tahun ini enggan menjelaskan langkah seterusnya tetapi menganggap kejohanan itu adalah kejayaan permulaan.

"Kami berjaya mencipta kemajuan. Kami tunjukkan kepada dunia kami boleh bermain bola sepak cuma tiada nasib di depan gol lawan."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -juarai-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.299703 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list