|
FURY (kanan) melepaskan tumbukan ke muka Chisora.
London: Tyson Fury berkata, 2023 bakal menjadi 'tahun terbesar dalam kariernya' selepas mengekalkan gelaran heavyweight WBC dengan menumbangkan Derek Chisora pada pusingan ke-10 awal pagi tadi.
Fury yang belum tewas sebagai profesional mengatasi Chisora yang juga atlet senegara buat kali ketiga dalam kariernya dan mendominasi lawan sejak awal pertarungan.
Jaguh berusia 34 tahun itu kini memegang rekoad 33 kemenangan daripada 34 pertarungan dan sekali seri.
Pemegang gelaran heavyweight IBF, WBA dan WBO, Oleksandr Usyk antara 60,000 penonton yang menyaksikan pertarungan di Stadium Tottenham Hotspur di utara London.
"Saya sedia menentang Usyk sama ada di Arab Saudi atau di sini United Kingdom," kata Fury ketika sidang media selepas tamat pertarungan.
"Kita berikan penonton satu juara, satu nama, satu wajah. Dia bukan jaguh yang mudah ditewaskan dan saya teruja memberikan cabaran."
"Tetapi apa pun alasan, jika kami tidak dapat melakukannya, kami ada Joe Joyce di Wembley. Saya lawan Usyk dan kemudiannya Joyce di Wembley."
Ketiga-tiga petinju tidak tewas sebagai profesional dengan Usyk, 35, dua kali menewaskan Anthony Joshua. Kali pertama di Tottenham pada September tahun lalu sebelum sekali mengulanginya di Jeddah, Arab Saudi pada Julai lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mahu-2023-miliknya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|