CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Piala Dunia: Kompany calon bimbing Belgium

[Copy link]
Post time 7-12-2022 01:13 PM | Show all posts |Read mode

KOMPANY berada dalam senarai calon untuk mengemudi Belgium selepas peletakan jawatan Martinez. – AFP

Piala Dunia: Kompany calon bimbing Belgium

LONDON – Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) dilaporkan sudah memulakan langkah untuk mencari ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu dengan menyenaraikan legenda pasukan, Vincent Kompany sebagai calon utama.

Sebagai rekod, Kompany telah menunjukkan kemam­puannya selaku jurulatih sejak membim­bing Burnley pada Jun lepas de­ngan mengubah corak permai­nan mereka ke arah yang lebih moden berbanding sewaktu dibimbing Sean Dyche.

Bekas kapten Manchester City itu telah bersara daripada pemain profesional pada tahun 2020 sebelum membuat keputusan untuk menjadi jurulatih kelab Belgium, Anderlecht selama dua musim.

Bakat yang ada pada jurulatih berusia 36 tahun itu me­nyaksikan The Clarets membuat keputusan untuk menawarkan kontrak jangka panjang buatnya dalam usaha membantu pasukan kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Terdahulu, prestasi Belgium di bawah Roberto Martinez dikritik hebat selepas tersingkir se­awal peringkat kumpulan pada kempen Piala Dunia sehingga menyaksikan beliau meletakkan jawatan serta-merta.

Selain Kompany, RBFA turut bersedia untuk menaikkan pangkat Thierry Henry yang sebelum ini menjadi penolong kepada Martinez atau bekas pemain kebangsaan yang kini merupakan pengendali AS Monaco, Philippe Clement.

Belgium yang menduduki ranking No. 2 dunia memiliki ramai pemain berstatus bintang, namun gagal mengecapi sebarang kejayaan sejak dibim­bing Martinez pada tahun 2016. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... on-bimbing-belgium/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.335885 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list