Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
35346
View
136
Reply

[Bahasa] Mahir bahasa Inggeris dalam 6 bulan

[Copy link]

Author: cikgutuition       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 30-5-2009 02:24 AM | Show all posts
Pembetulan:-

eg

I ate before I came here just now. - Incorrect

I read the newspaper this morning before I went to office. -Incorrect


Sepatutnya kalau ada dua Perbuatan, perbuatan PERTAMA tu mesti dalam Past Perfect seperti berikut

I had eaten (perbuatan pertama Gunakan Past perfect ie Had + Past participle) before I came (perbuatan kedua Gunakan Simple Past  ie subject + Verb in Simple Past/Past Tense form) here just now. - Correct

I had read the newspaper this morning before I went to office. -Correct

[ Last edited by  cikgutuition at 30-5-2009 02:29 ]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-5-2009 02:27 AM | Show all posts
Originally posted by hyie at 29-5-2009 16:33
ok2 ..

kalo nk tanye "Awak dah makan?"

we shud say .. "Have you eaten?"



Yes, kalau satu je perbuatan di masa lepas tanpa penunjuk masa gunakan.

1. Have you eaten?

Kalau ada dua perbuatan di masa lepas gunakan Past Perfect utk Perbuatan pertama

2. Had you eaten before you came here?

Kalau ada penunjuk masa gunakan Simple Past

3. Did you eat just now?

4. Did you eat this morning?

[ Last edited by  cikgutuition at 30-5-2009 02:31 ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 11:04 AM | Show all posts
Kenapa ade sesetengah sentences tu walaupun selepas "to" tp verb die ader "ing"?
tapi ayat tu tak salah.Bukan patut lepas "to" mesti original word ke??
ade exceptions ke untuk sesetengah kes?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:57 PM | Show all posts

Balas #83 jimbait\ catat

tu special kes namanya..


tunggu cikgu buat explaination ye
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2009 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by jimbait at 3-6-2009 11:04
Kenapa ade sesetengah sentences tu walaupun selepas "to" tp verb die ader "ing"?
tapi ayat tu tak salah.Bukan patut lepas "to" mesti original word ke??
ade exceptions ke untuk sesetengah kes?


Yup..Ni execption to the rule sebab BIASANYA kalau selepas 'to' kita akan gunakan Infinitive atau Base Verb atau Original Verb tanpa penambahan 's', 'es', 'ies', 'ves' 'ed' atau 'ing'.

Ade sesetengah expression je dimana selepas anda gunakan word tu and kena gunakan TO + Verb + -ing

e.g. kalau gunakan dengan looking forward, used to

eg

I am looking forward to meeting you soon.

I am  looking forward to seeing you soon.

I am not used to driving in KL.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 12:53 PM | Show all posts

Reply #85 cikgutuition's post

cikgu tuition...

betulkan saya if saya salah yer...

used to = phrasal verb kan?

tu sbb x salah kalau ada -ing selepas 'to'...

kalo phrasal verb mmg x salah guna perkataan yg ada -ing selepas 'to'...kan???
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-4-2010 05:54 PM | Show all posts
cikgu tuition...

betulkan saya if saya salah yer...

used to = phrasal verb kan?

tu sbb x salah kalau ada -ing selepas 'to'...

kalo phrasal verb mmg x salah guna perkataan yg ada -ing selep ...
jeriah_md Post at 7-6-2009 12:53


Jeriah,

Salam

Maaf sebab dah lama x masuk sini..Sibuk dengan kelas2 saya setiap bulan di Sunway tu n skrglak sibuk nak prepare untuk kelas di Putrajaya pulak..

Yg ni nanti saya check n confirmkan ya..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-4-2010 06:03 PM | Show all posts
Salam semua..


Minta maaf banyak2 sebab lama x active kat sini..Haritu ada problem ngan password..then busy lak..Skrgni saya sibuk ada kelas 3 minggu sekali di Persekutuan Orang Pekak di Puchong..Walaupun majoriti drpd mereka ni pekak tapi bagus2 dia org n nampak semangat nak belajar..

Untuk kali ini saya nak highlightkan penggunaan Simple Present dengan Present Progressive..

Antara common mistake yang dibuat ialah ada yang menyamakan Simple Present ini dengan Present Progressive..

Cth

1. I stay in Puchong. ( Penggunaan kala Simple present)

2. I am staying in Puchong. (Penggunaan Present progressive)

Ada yang menganggap yang kedua2 ayat di atas ini memberi maksud yang sama.

Mungkin nampak sama tetapi ada sedikit perbezaan.

Penggunaan Present progressive dengan penggunaan Verb + -ing atau verb dalam bentuk Present Participle ini ialah untuk perbuatan yang sedang berlaku sekarang atau sedang berlaku dalam masa yang panjang.

Dalam kedua2 senario, dalam penggunaan Present Progressive ini, perbuatan itu akan berakhir di masa akan datang.

Oleh itu dalam ayat contoh:-


1. I stay in Puchong. - Penutur/penulis memberi maksud yang beliau tinggal tetap disitu dan kemungkinan besar tidak akan berpindah oleh kerana beliau telah membeli rumah di situ.

2. I am staying in Puchong. Penutur/penulis memberi maksud yang beliau tinggal sementera sahaja disitu dan kemungkinan besar akan berpindah oleh kerana beliau cuma menyewa di situ.

Oleh itu jika anda membuat ayat.

3. I work at ABC Sdn. Bhd. - memberi makna ini kerja tetap.

4.  I am working at ABC Sdn. Bhd. - memberi makna ini kerja sementara sahaja.


Jadi berhati2 ya dengan penggunaan Simple Present dengan Present progressive ini.

Jumpa lagi.

Yusoff
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-4-2010 02:03 PM | Show all posts
Sambung lagi harini. Tgh break..

Penggunaan -ed dalam perkataan2 bahasa Inggeris

Ramai daripada kita menyangkakan yang penambahan -ed kepada perkataan dalam bahasa Inggeris semuanya menunjukkan Perbuatan di masa Lepas atau digunakan dalam Past tenses sahaja..

Ada banyak perkataan dalam BI ni yg ada -ed tetapi tidak bermaksud Past Tense.

1. Verbs yang ada akhiran  -ed juga digunakan untuk bentuk Past Participle yang digunakan dalam semua 12 tenses dalam Ayat Pasif

e.g. 1. I wash my car everyday. - ayat aktif

       2. The car is washed by me everyday. - ayat Pasif

ayat 1 dan 2 mempunyai maksud yang sama tetapi ayat 1. dalam bentuk aktif iaitu Subject ( I) yg active membuat perbuatan itu dan dalam ayat 2. 'the car' menjadi subject yg passive dan 'is washed' bermaksud dibasuh

Nanti sambung lagi sebab kelas nak bermula.

Kelas saya di putrajaya bermula 11hb April ini di precint 9 n 8hb Mei di Sunway. Do contact me kalau berminat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 02:26 PM | Show all posts
cikgutuition, boleh tak explain pasal online english tu? payment cane? cara belajar plk cane? tq
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2010 10:16 AM | Show all posts
Nahoko,

Thanks for the query. Fee masih RM290 tapi sebenarnya dah nak naik ke RM390 tu x lama lagi. Dlm klasni nota penuh akan saya poskan tetapi pertanyaan ,latihan2 tambahan dan nota2 tambahan akan dibuat secara online melalui e-mail, chat dan boleh juga kalau nak call or sms saya. kalau berminat email saya di cikgutuition at gmail
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:32 PM | Show all posts
waaa...suka2.huhu.. tp jangan naikkan lagi rege tu..bulan depan sy rasa nk join la..email address cikgutuition kat gmail cane? tq very much..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-5-2010 11:58 PM | Show all posts
Email saya ada di siginature saya tu ..yahoo boleh gmail pun boleh or call/sms di 0193090711
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 03:10 AM | Show all posts
cikgutuition murah ilmu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-7-2010 10:20 PM | Show all posts
cikgutuition murah ilmu
mautau Post at 17-7-2010 03:10


Mautau,

Thanks..murah ilmu murah rezeki,Alhamdulillah... Kongsi2 ilmu saya yang tak seberapa ni..Saya pun masih belajar2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:25 AM | Show all posts
which one is correct

i have a key to my door
or
i have a key for my door
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:31 PM | Show all posts
Kat sini boleh tak nak translate perkataan/ayat dari BM ke BI?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:49 PM | Show all posts
Kat sini boleh tak nak translate perkataan/ayat dari BM ke BI?
hayrin86 Post at 2-8-2010 14:31



    saya selalu guna ni.walaupun tak 100% betul tapi banyak membantu

translate
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2010 04:48 AM | Show all posts
which one is correct

i have a key to my door
or
i have a key for my door
krustykrab Post at 22-7-2010 08:25


Krustykrab,

The answer should be " I have a key to my door"

Kalau guna "for" bermaksud "kunci untuk diberikan kepada pintu saya"

From Oxford Advanced Learner's dictionary -7th edition

Key - Tool for lock - a special shaped piece of metal used for locking door, starting a car, etc.

e.g. the spare key to the front door.

from Oxford English-English-Malay dictionary 1st edition

"We need a spare key to the front door."

Kelas Fundamentals of English Grammar akan bermula di Sunway pada 3hb Oct ini. Daftar awal dan dapat diskaun RM100!!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2010 02:35 PM | Show all posts

Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris

Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris # 1 C Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bermula dari hari ini saya akan mulakan siri artikel Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris yang saya harap boleh membantu anda semua dalam mengurangkan kesilapan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Bagaimanapun penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk ringkasan dan anda digalakkan membeli buku-buku tatabahasa atau menyertai kursus bahasa Inggeris secara formal supaya anda lebih jelas tentang tatabahasa bahasa Inggeris ini.


Kekeliruan lazim dalam penggunaan Nouns

1.Sesetengah nouns hanya digunakan untuk jantina tertentu sahaja dan bukannya boleh digunakan untuk kedua-dua jantina. Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, ada sesetengah perkataan yang digunakan khas untuk lelaki dan khas untuk perempuan. Perkataan sebegini dipanggil Masculine gender untuk kegunaan menamakan lelaki dan Feminine gender untuk menamakan perempuan. Antara contoh masculine gender ialah boy, man, king, son, father dan sebagainya. Antara contoh feminine gender ialah girl, waitress, stewardess, daughter dan sebagainya.

2. Ada penggunaan feminine gender yang sekarang ini tidak digunakan lagi dimana masculine gender digunakan untuk kedua2 jantina. Antara contoh ialah manageress yang dulu digunakan untuk pengurus wanita tetapi sekarang ini amat jarang digunakan dan hanya menggunakan manager untuk kedua2 jantina. Begitu juga dengan penggunaan actress yang jarang digunakan di negara barat untuk pelakon wanita tetapi actor digunakan untuk kedua-dua jantina.

3. Ada panggunaan masculine dan feminine yang telah ditukarkan dengan Common gender (tidak merujuk kepada mana-mana jantina) seperti penggunaan steward dan stewardess untuk pramugara dan pramugari yang sekarang ini lebih kerap diganti dengan flight attendant (pelayan kapalterbang).

4. Bukan semua nouns bentuk pluralnya melibatkan penambahan huruf s. Ada yang menyangkakan yang jika kuantiti sesuatu noun itu lebih dari satu maka bentuk kata nama majmuknya atau bentuk plural noun itu mesti ditambah s. Hakikatnya ada banyak bentuk plural dalam nouns yang tidak melibatkan penambahan s seperti penambahan es dalam watches, penambahan ies dalam countries, penambahan ves dalam wives, pertukaran bentuk seperti children, women,men. Ada juga plural nouns yang tidak berubah bentuk seperti sheep, deer, cod dan sebagainya.

5. Ada juga nouns yang pluralnya mengikut bentuk asal dalam bahasa Asing dimana perkataan-perkataan ini dipinjam oleh bahasa Inggeris dan bentuk pluralnya dikekalkan seperti dalam kutu iaitu lice, pokok kaktus iaitu cacti, formula iaitu formulae.

6. Ada juga nouns yang sentiasa dalam bentuk plural dan ini selalunya kerana ianya datang dalam pasangan seperti jeans,shorts, spectacles, shoes dan sebagainya. Oleh kerana mereka ini plural nouns maka kawan-kawan mereka mestilah Plural verbs seperti are, were dan sebagainya. Jadi adalah satu kesilapan jika anda membuat ayat My shoes is missing atau That jeans are mine. Sepatutnya ayat anda ialah My shoes are missing dan Those jeans are mine.

7. Ada bentuk plural yang sekarang ini digunakan juga sebagai singular nouns seperti headquarters, barracks dan sebagainya. Bagaimanapun peraturan singular nouns kawannya singular verbs mesti dipatuhi seperti Our headquarters are in London and Kuala Lumpur and Our headquarters is in Kuala Lumpur. Dalam ayat pertama are digunakan kerana merujuk kepada dua ibupejabat, London dan KL, atau headquarters dan ia digunakan sebagai Plural Noun dan oleh itu kawannya mesti lah are yang meruakan plural verb. Dalam ayat kedua is digunakan kerana merujuk kepada satu sahaja ibupejabat atau headquarters dan ia digunakan sebagai Singular Noun dan oleh itu ianya mesti dipasangkan dengan Singular Verb is.



Kekeliruan sebeginilah yang akan saya jelaskan dalam kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya dan ada dua kelas akan saya buat pada masa terdekat ini iaitu 5hb Dec. di Sunway dan 9hb Jan di Melawati. Selagi anda tidak tahu apakah peraturan-peraturan dalam penggunaan Nouns seperti di atas maka selagi itulah anda akan keliru dan akan membuat kesilapan.Pengetahuan perbendaharaan kata bahasa Inggeris atau vocabulary sahaja tidak mencukupi.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086776s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list