View: 541|Reply: 0
|
Damok tidak sendirian di Moto3
[Copy link]
|
|
FIRDAUS (dua dari kiri) bakal menemani Damok sepanjang sangan Moto3 musim depan sebagai mekanik pasukan.
PELUMBA harapan negara, Syarifuddin Azman tidak keseorangan ketika membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan apabila akan ditemani mekanik Malaysia, Muhammad Firdaus Mokhadzir.
Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok mengakui dia gembira kerana Firdaus akan bersamanya sebagai Mekanik 2 bersama pasukan MT Helmets-MSI bagi saingan Moto3 musim depan.
Tegas Damok, dia telah bekerjasama dengan Firdaus sejak 2021 ketika beraksi dalam saingan CEV Moto3 Sepanyol dalam membantunya menyediakan jentera terbaik.
“Bagi saya dengan kehadiran Firdaus menyertai saya musim depan dapat memudahkan kerja. Saya mudah untuk terangkan masalah yang saya hadapi bersama jentera. Dari situ memudahkan urusan saya untuk mendapatkan jentera yang terbaik.
“Saya telah bersamanya agak lama sejak 2021 lagi, saya lihat dia faham apa yang saya mahu. Meskipun dia adalah mekanik kedua pasukan, ia sudah memadai membantu saya mendapatkan pelarasan yang cukup sempurna.
“Firdaus perlu menyiapkan jentera terbaik selain menyediakan jentera latihan buat saya. Selain itu, tugasnya melibatkan tayar belakang serta fairing jentera ketika perlumbaan sebenar berlangsung,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Ketika ditanya mengenai persiapan ke Moto3 musim depan, Damok menegaskan dia ketika ini sedang melakukan persiapan fizikal dan mental sebelum kembali menyertai pasukan pada Februari tahun depan.
“Buat masa ini persiapan masih belum cukup dan saya sedang menjalani latihan terutama meningkatkan tahap kecergasan, mental dan juga fizikal.
“Saya mahu benar-benar bersedia sebelum turun melakukan ujian bersama pasukan dan memulakan misi dalam perlumbaan Moto3 yang membuka tirai pada Mac 2023 nanti,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... sendirian-di-moto3/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|