View: 501|Reply: 0
|
Leclerc gembira pemergian Binotto
[Copy link]
|
|
LECLERC mengakui menerima dengan terbuka peralihan kepimpinan selepas Binotto meletak jawatan. – AFP
LONDON – Ketiadaan Mattia Binotto yang meletakkan jawatan sebagai ketua pasukan Ferrari disenangi beberapa pihak antaranya pelumba kelahiran Monte Carlo dari Monaco, Charles Leclerc selepas kecewa melihat kegagalan pasukan tersebut pada musim 2022.
Leclerc menjangkakan peralihan kuasa yang ‘lancar’ selepas Binotto membuat keputusan meninggalkan pasukan itu ekoran terus gagal untuk mencabar kejuaraan meskipun memulakan saingan yang memberangsangkan pada kempen tahun 2022.
“Bagi saya, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk ketua pasukan baharu berasa selesa dengan sistem bersama Ferrari. Jelas, Ferrari adalah satu pasukan yang besar dalam perlumbaan Formula Satu.
“Tetapi, jika ia dilakukan dengan cara yang betul, saya tidak fikir kami akan ‘menderita’ dalam litar. Jadi, saya pasti ia akan menjadi peralihan yang lancar,” kata pemandu berusia 25 tahun tersebut.
Ferrari memulakan saingan F1 dengan baik dan diramalkan menjadi pencabar kepada pasukan Red Bull, namun kesilapan strategi membuatkan mereka terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua keseluruhan.
Leclerc dikatakan tidak berhubung dengan Binotto sejak perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, November lalu, sekali gus timbul khabar angin yang menyatakan pelumba Monaco itu antara salah seorang penyebab Binotto tidak kekal bersama Ferrari pada musim 2023.
Bagaimanapun, pemecatan Binotto tidak mengejutkan bagi media Itali selepas mengetahui hubungan antara ketua pasukan tersebut dan Pengerusi Ferrari, John Elkann tidak berjalan dengan baik. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -pemergian-binotto/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|