CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

Argentina perlu elak penalti

  [Copy link]
Post time 13-12-2022 12:03 PM | Show all posts |Read mode


Pemain-pemain Argentina meraikan kejayaan menyingkirkan Belanda dalam saingan suku akhir Piala Dunia. - AFP


DOHA: Selepas dikejutkan Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan, Argentina kembali bangkit dan memperkemaskan permainan mereka dan kini menjadi salah satu daripada empat pasukan terakhir Piala Dunia 2022.

Argentina tiba di Piala Dunia sebagai antara pilihan juara tetapi mereka berdepan hala­ngan besar di peringkat separuh akhir apabila berdepan Croatia yang merupakan naib juara 2018 selain turut menyingkirkan Brazil.

Croatia mengejutkan Brazil di suku akhir selepas ketinggalan satu gol dalam masa tambahan, tetapi bangkit mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti dan memenangi perlawanan dengan penjaga golnya, Dominik Livakovic dijulang sebagai wira.

Kemenangan Croatia ke atas juara dunia lima kali itu menjadi antara kejutan di Piala Dunia 2022 berdasarkan barisan pemain yang diketuai Neymar serta prestasi semasa Brazil yang menakjubkan di bawah kendalian Tite.

Arkitek Croatia, Luka Modric yang menjadi nadi pasukan pada umur 37 tahun, menjadi pembakar semangat buat rakan sepasukannya dan jika Argentina mengambil mudah lawan mereka awal pagi esok, ia akan membawa padah.

Tanpa masalah penggantungan dan kecederaan pemain serta kepulangan pertahanannya, Borna Sosa, skuad kendalian Zlatko Dalic bakal tampil lebih yakin dan bersedia dan skuad Lio­nel Scaloni perlu lebih bersedia.

Bagaimanapun, Argentina, yang memburu gelaran Piala Dunia pertama mereka sejak kejuaraan skuad 1986 dibarisi Diego Maradona, kehilangan Marcos Acuna dan Gonzalo Montiel yang digantung satu perlawanan.

Situasi itu sekali gus menyukarkan Scaloni untuk membuat pilihan di bahagian benteng selain tahap kecergasan pemain veteran, Angel Di Maria juga diragui, dengan pemain 34 tahun itu lebih kerap dimasukkan sebagai pemain gantian.

Bintang utama Argentina, Lionel Messi yang mungkin beraksi buat kali terakhir di Piala Dunia, begitu terdesak untuk melengkapkan gelaran tertinggi itu yang belum ada dalam koleksi karier pemain berumur 35 tahun itu.

“Croatia adalah lawan yang sukar dan apa sahaja boleh terjadi. Mereka mempunyai pemain yang hebat, mereka mengenali diri mereka dengan baik. Mereka mempunyai jurulatih yang sama sejak Piala Dunia lalu dan ia adalah separuh akhir Piala Dunia.

“Jadi, perlawanan separuh akhir kali ini akan akan menjadi lebih sukar,” kata Messi yang juga merupakan pemenang tujuh kali Ballon d’Or.

Argentina hampir terlepas peluang ke separuh akhir selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan 2-0 dan meng­heret permainan ke penentuan pe­nal­ti, namun kecemerlangan penjaga gol, Emiliano Martinez menyelamatkan Argentina.

Bagaimanapun pengalaman Croatia dalam penentuan penalti pada edisi 2018 serta di Qatar, menyaksikan mereka mempunyai kelebihan ke atas Argentina jika kemenangan sekali ditentukan menerusi kaedah tersebut. – Agensi/UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... perlu-elak-penalti/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list