CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

Maldives mahu bawa pulang keputusan positif

[Copy link]
Post time 14-12-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode

FRANCESCO menyeru anak-anak buahnya agar waspada dengan ancaman yang diberikan oleh skuad Harimau Malaya jika mahu merekodkan keputusan positif.


Maldives mahu bawa pulang keputusan positif

PASUKAN Maldives menganggap ‘wajah baharu’ Harimau Malaya sangat berbeza berbanding kali terakhir mereka bertemu menjelang aksi persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Ketua jurulatih Maldives, Moriero Francesco menyeru agar anak-anak buahnya waspada dengan ancaman pasukan tuan rumah andai mahu merekodkan keputusan positif.

“Saya lihat pasukan Malaysia begitu kuat dengan ramai pemain berkualiti. Jadi, saya anggap ia ujian menarik buat barisan pemain buktikan keupayaan.

“Secara peribadi, saya lihat perbezaan ketara skuad Malaysia sekarang berbanding sebelum ini adalah mentaliti, selain corak taktikal yang lebih bagus.

“Namun, saya anggap apa sahaja keputusan nanti tidak pen­ting kerana paling mustahak para pemain dapat pengalaman antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM.

Pemain pertahanan Maldives, Samooh Ali turut senada de­ngan pengendali import dari Perancis itu, selain percaya corak permainan Malaysia lebih agresif.

“Kita dapat lihat Malaysia memainkan taktikal positif dengan intensiti yang sangat tinggi berbanding kali terakhir kami bertemu mereka sebelum ini.

“Secara keseluruhan, saya harap pemain akan tetap berikan yang terbaik dalam usaha melakar keputusan positif,” kata Ali.

Kali terakhir skuad Maldives yang menduduki ranking ke-154 dunia bertemu Harimau Malaya adalah pada November 2018 de­ngan pasukan kebangsaan mera­ih kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -keputusan-positif/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049205 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list