CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

Akademi Maghribi tuai hasil

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

AKADEMI Bola Sepak Mohammed VI kilang lahirkan pemain berkualiti Maghribi. FOTO Reuters

Rabat: Di akademi bola sepak dekat Rabat, 100 anak muda Maghribi berharap dapat mencontohi kejayaan bekas pelatih yang membawa pasukan negara berkenaan ke separuh akhir Piala Dunia dan akan bermain di penentuan tempat ketiga malam ini.

Maghribi membelanjakan AS$13 juta (RM57 juta) untuk membina Akademi Bola Sepak Mohammed VI pada 2010 ketika kancah bola sepak negara itu berada dalam keadaan suram, ketinggalan berbanding rakan senegara Afrika lain selepas gagal ke Piala Dunia sejak 1998.

Walaupun ramai daripada skuad Singa Atlas yang berjaya dibesarkan di luar negara, empat daripada mereka yang dilahirkan di Maghribi dilatih di akademi utama negara itu.

"Pemain berkemahiran sentiasa wujud di Maghribi, tetapi latihan bakat yang betul pada usia muda masih kurang,"

"Kami mempunyai pemain dari seluruh Maghribi dan dari kumpulan sosial yang berbeza... bakat adalah kriteria utama," kata Tarik El Khazri dari akademi itu yang membimbing Youssef En-Nesyri, penjaring gol kemenangan Maghribi di suku akhir ke atas Sepanyol.

Tiga lagi pemain pasukan kebangsaan yang belajar dan berlatih di akademi itu ialah Azzedine Ounahi, Nayef Aguerd dan Ahmed Reda Tagnaouti.

Akademi itu berkeluasan lebih 17 hektar dan mempunyai asrama, restoran, klinik, dewan hiburan, kolam renang dan bilik darjah, serta sembilan padang termasuk yang berbumbung.

Kurikulum mereka menggabungkan latihan di padang dengan kelas.

Kebanyakan pelajar meninggalkan akademi dengan segulung ijazah sarjana muda.

Kira-kira 90% graduan mendapat pekerjaan sebagai pemain bola sepak, kata Belmahdi Abdellatif, seorang lagi jurulatih, dan kebanyakan pasukan utama Maghribi mempunyai pemain yang bermula di akademi berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... maghribi-tuai-hasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048310 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list