CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

Perancis tagih magis Griezmann

[Copy link]
Post time 17-12-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

GRIEZMANN watak penting aksi konsisten Perancis. FOTO AP

Doha: Penyandang juara Perancis mara ke final Piala Dunia kali kedua berturut-turut yang bukan sahaja dibantu ledakan gol yang sedikit Kylian Mbappe tetapi lebih banyak kepada persembahan luar biasa Antoine Griezmann.

Transformasi pemain berusia 31 tahun itu dilakukan oleh pengendali Perancis, Didier Deschamps, yang mencipta semula peranan Griezmann selepas pasukan bimbingannya berdepan masalah kecederaan sebaik tiba di Qatar.

Selepas kehilangan Paul Pogba dan N'Golo Kante - gandingan pemain tengah Perancis yang membawa kejayaan mereka empat tahun lalu memaksa Deschamps untuk menghasilkan penyelesaian baharu dan dia beralih kepada Griezmann.

Griezmann, penjaring terbanyak di Euro 2016 dengan enam gol ketika tuan rumah Perancis mara ke final tetapi tewas dalam masa tambahan kepada Portugal, kini bukan sahaja menjadi tonggak tengah, pencipta gol tetapi juga pemain yang gigih.


Karim Benzema, pemenang Ballon d'Or, diketepikan apabila mengalami kecederaan semasa latihan sebelum turun beraksi di Qatar.

"Dia melakukan tugas Pogba, Kante dan Karim Benzema," kata bekas pemain pertahanan Argentina, Pablo Zabaleta kepada AFP.

Jika pasukan 2016 digelar 'Generasi Griezmann', kemunculan Kylian Mbappe yang membantu Perancis mengambil langkah seterusnya dan memenangi Piala Dunia pada 2018.

Lama kelamaan Griezmann secara beransur-ansur dapat menyesuaikan permainannya untuk menjadi lebih kepada pemain sokongan kepada bintang baharu Perancis tetapi itu tidak mengurangkan kepentingannya.

Di Qatar dia beroperasi di sebelah kanan Aurelien Tchouameni dalam trio bahagian tengah, dengan Mbappe, Olivier Giroud dan Ousmane Dembele di hadapannya.

Griezmann sudah pun cemerlang sebelum aksinya menentang England pada suku akhir, apabila dia bukan sahaja menjadi nadi penguasaan bola dan melakukan kekasaran taktikal tetapi juga menggerakkan bola dengan hebat dan menghasilkan bantuan cemerlang untuk gol kemenangan Giroud.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gih-magis-griezmann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045184 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list