CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

Argentina atau Perancis ?

[Copy link]
Post time 18-12-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Kapten Argentina, Lionel Messi (kiri) dan ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe bakal menjadi sandaran utama pasukan masing-masing pada aksi final Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha, malam ini. - Foto EPA.

DOHA: Ada beberapa persamaan menarik apabila Argentina bertemu Perancis pada final Piala Dunia 2022 yang dijangka sengit dan mendebarkan di Stadium Lusail malam esok.

Kedua-dua negara berusaha untuk merangkul kejuaraan berprestij itu buat kali ketiga dengan Argentina memenanginya pada 1978 di negara sendiri dan 1986 di Mexico manakala Perancis kali pertama sebagai tuan rumah pada 1998 selain empat tahun lalu di Russia.

Perancis, yang menampilkan bintang sebutan masa kini Kylian Mbappe mengintai peluang untuk muncul pasukan ketiga mendakap Piala Dunia berturut-turut selepas Itali (1934 dan 1938) dan Brazil (1958 dan 1962).

Mbappe dan rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Lionel Messi juga bersaing hebat untuk merebut anugerah Kasut Emas Piala Dunia dengan kedua-duanya kini mengumpul lima gol selain memburu gelaran pemain terbaik kejohanan.


Sentuhan magis kedua-duanya amat ditagih jurulatih Didier Deschamps (Perancis) dan Lionel Scaloni (Argentina) kerana sedetik gerakan mengagumkan dan sesaat peluang boleh menjadi penentu kemenangan pada perlawanan yang dijangka sengit dan mungkin tidak banyak gol dijaringkan.

Mbappe berjaya dikekang dalam dua perlawanan terakhir Perancis pada suku akhir (mengalahkan England 2-1) dan separuh akhir (menewaskan Maghribi 2-0) apabila dia gagal menambah golnya, manakala Messi bertindak cemerlang dengan sumbangan satu gol pada setiap aksi pusingan kalah mati setakat ini sekalipun dua daripadanya menerusi tendangan penalti.

Magis Messi terserlah apabila dia membenam ego bintang Croatia dan Real Madrid, Luka Modric pada separuh akhir menerusi umpanan gol ketiga apabila dia memperbudakkan pertahanan lawan, Josko Gvardiol sebelum melorongkan bola kepada Julian Alvarez, pemain yang harus diberikan perhatian benteng Perancis.

Banyak diperkatakan mengenai Messi, pada usia 35 tahun dan Piala Dunia terakhirnya, mahu menggunakan peluang terbaik itu untuk melengkapkan koleksi kejuaraannya terutama di peringkat antarabangsa selepas menjadi jaguh disegani di peringkat kelab.

Messi sering dikecam kerana kegagalan Argentina pada Piala Dunia sekalipun hampir berjaya melakukannya lapan tahun lalu di Brazil sebelum La Albiceleste dikecewakan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir. Tahun lalu, dia berjaya melunaskan impian peribadinya menjuarai Copa America buat kali pertama bersama Argentina.

Bezanya jelas dengan Mbappe, pada usia 23 tahun dia berpeluang menambah pingat emas Piala Dunia dan cuba menyamai mahupun mengatasi rekod legenda bola sepak dunia dari Brazil, Pele yang menjuarai Piala Dunia tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970.

Penyerang muda itu sudah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan, mengatasi pencapaiannya daripada kejohanan edisi 2018 dan kini mengumpul sembilan gol Piala Dunia dalam 13 penampilan sepanjang dua edisi.

Benteng Argentina perlu mengekang kepantasannya seperti dilakukan England dan Maghribi dalam dua pusingan terdahulu namun usaha menghalangnya bermakna peluang terbuka buat pemain lain seperti Olivier Giroud, Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann untuk menjadi penentu kemenangan.

Perancis mungkin kehilangan beberapa tonggak terbaik mereka disebabkan kecederaan menimpa Karim Benzema, N'Golo Kante, Paul Pogba dan Lucas Hernandez tetapi pasukan yang dikumpulkan Deschamps ketika ini dilihat mampu melaksanakan strateginya sebaik mungkin.

Bintang muda Real Madrid, Aurelien Tchouameni sebagai contoh dikatakan mampu melaksanakan tugas Kante dan Pogba serentak dan tidak hairan dia ditugaskan Deschamps untuk mengawal pergerakan Messi di Stadium Lusail malam esok.

Siapa pula yang akan mengekang pergerakan Mbappe kali ini? Scaloni dijangka mengamalkan formasi tiga pemain pertahanan dengan Cristian Romero, Nicolas Otamendi dan Lisandro Martinez berdepan tugas getir menentang penyerang terbilang Les Bleus itu.

Sesuatu yang menarik untuk difikirkan, Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas tewas aksi pertama mereka 1-0 di tangan Switzerland. Apakah Argentina akan mengikut jejak langkah sama selepas mereka turut tewas perlawanan pertama di Qatar sesudah dikejutkan Arab Saudi 2-1?

https://www.bharian.com.my/sukan ... ntina-atau-perancis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.198981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list