CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

Khidmat Deschamps masih ditagih

[Copy link]
Post time 19-12-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

DIDIER Deschamps. -FOTO Reuters

Doha: Didier Deschamps berkata dia akan menunggu sebelum memutuskan sama ada akan kekal sebagai jurulatih Perancis untuk tahun berikutnya selepas kekalahan di final Piala Dunia kepada Argentina.

Namun prospek masa depannya untuk bersama pasukan itu kekal cerah buat beliau mengemudi skuad bersama bakat muda diketuai Kylian Mbappe.

Deschamps berharap dapat mengetuai juara dunia 2018 itu merangkul kejuaraan berturut-turut di Qatar dan mereka hampir melakukannya namun tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 dalam perlawanan penuh mendebarkan pada masa tambahan.

Kekalahan melalui penentuan sepakan penalti itu menghalang Deschamps yang mengetuai Les Bleus menjulang kejayaan pada 1998 daripada menjadi jurulatih pertama memenangi Piala Dunia dua kali sejak Vittorio Pozzo pada 1930.


Pengendali berusia 54 tahun itu mula bertanggungjawab melatih skuad kebangsaan Perancis sejak 2012 kini akan tamat kontraknya namun Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet berkata Deschamps akan ditawarkan syarat baharu jika dia mara ke separuh akhir.

Ditanya sama ada keputusan perlawanan akhir akan mempengaruhi keputusan mengenai masa depannya, Deschamps berkata: "Walaupun dengan keputusan berbeza saya tidak akan memberikan jawapan hari ini."

"Jelas sekali saya sangat sedih. Saya akan mengadakan pertemuan dengan presiden pada awal tahun baru dan anda akan tahu selepas itu," katanya.

Selepas semua perkara yang melelahkan pada kempen kali ini selesai, Perancis kini akan menumpukan perhatian mereka untuk layak ke Euro 2023 yang akan bermula menentang Belanda Mac ini.

Perancis dijangka layak tanpa perlu berdepan banyak masalah untuk kejohanan di Jerman, yang hanya tinggal 18 bulan lagi.

Rekod terbaru mereka adalah luar biasa, dengan Deschamps membawa mereka ke final Euro 2016 dan kemudian melakar kejayaan di Russia empat tahun lalu.

Mereka juga memenangi Liga Negara-negara tahun lalu.

Kempen Perancis di Qatar berdepan masalah bermula dengan kecederaan yang menyebabkan mereka kehilangan Paul Pogba dan N'Golo Kante manakala Karim Benzema turut menarik diri sebelum kejohanan bermula.

Namun beberapa pemain muda meningkatkan peningkatan memberangsangkan.

"Beberapa pemain muda menunjukkan mereka cukup bagus untuk berada tahap ini. Ada pemain yang tidak berada di sini tetapi akan terbabit pada masa hadapan," kata Deschamps, yang pastinya memikirkan Nkunku yang berusia 25 tahun, pemain terbaik dalam Bundesliga musim lalu bersama RB Leipzig.

"Kami sentiasa memerlukan pemain berpengalaman untuk memimpin mereka yang lebih muda tetapi kami mempunyai sekumpulan besar bakat."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hamps-masih-ditagih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051317 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list