CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Sudah tiba masa buat generasi Mbappe

[Copy link]
Post time 19-12-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris melepasi trofi Piala Dunia pada majlis penyampaian hadiah selepas aksi final menentang Argentina di Stadium Lusail, Qatar. - EPA

DOHA: Kapten Perancis, Hugo Lloris menegaskan Piala Dunia di Qatar menandakan peralihan kepada generasi baharu pasukan itu diketuai Kylian Mbappe susulan kekalahan kepada Argentina awal pagi tadi.

Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas final di Doha berakhir 3-3 dalam masa tambahan di sebalik hatrik daripada pemain berusia 23 tahun Mbappe, hatrik kedua dalam sejarah final Piala Dunia.

Kejohanan itu umpama "penyerahan baton antara satu generasi yang di penghujung karier mereka kepada generasi baharu yang diketuai Mbappe," kata penjaga gol Lloris, yang akan mencecah usia 36 tahun akhir bulan ini.

Lloris, pemegang rekod penampilan terbanyak Perancis dengan 145 perlawanan berkata, Mbappe "mempamerkan kepimpinan yang kuat sepanjang kejohanan terutama pada final.


"Ia seperti satu perlawanan tinju, kami ditumbuk dan melakukan tumbukan," kata Lloris, yang memuji kebangkitan juara bertahan itu selepas ketinggalan 2-0 dengan hanya berbaki 10 minit masa sebenar.

"Kami tidak berputus asa. Kita perlukan pemenang dan ia ditentukan menerusi sepakan penalti. Ia sering kali kejam. Kami pulang tangan kosong."

Lloris tewas dalam semua empat penalti Argentina ketika penentuan itu, termasuk satu daripada Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan sebenar.

"Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina yang beraksi satu kejohanan hebat dan satu final hebat."

Lloris enggan mendedahkan mengenai masa depannya di peringkat antarabangsa selepas beraksi pada Piala Dunia buat kali keempat.

"Seperti orang lain, saya perlu berehat seketika, untuk melihat perspektif mengenai beberapa perkara," katanya. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... uat-generasi-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.369200 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list