CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

Argentina sedia sambut wira Piala Dunia

[Copy link]
Post time 20-12-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode

Penyokong Argentina meraikan kejayaan mereka muncul juara dunia di Qatar 2022 dengan sambutan besar di Obelisk dekat Buenos Aires, semalam.- AFP

BUENOS AIRES: Rakyat Argentina menanti penuh sabar bagi menyambut kepulangan hero Piala Dunia mereka ketika bintang Perancis tiba di Paris selepas drama final hebat di Qatar.

Ibu kota Amerika Selatan itu bersedia untuk sambutan besar di jalanan dengan juara dunia yang baharu itu dijangka tiba lewat hari ini waktu tempatan.

"Dimahkotakan dengan penuh gemilang," tulis kain rentang dekat gerai menjual akhbar di Buenos Aires, manakala akhbar harian Clarin dan La Prensa mengucapkan "Terima kasih" kepada Lionel Messi dan rakan sepasukan kerana memenangi gelaran Piala Dunia ketiga dan pertama dalam 36 tahun.

Argentina menang aksi final di Qatar 4-2 menerusi penalti selepas terikat 3-3 sepanjang 120 minit dalam drama menarik.




Seorang peminat meraikan kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia di lokasi pemandangan 9 de Julio avenue di Buenos Aires, Argentina. - Foto EPA

Sambutan besar itu bermula selepas aksi final Ahad lalu dan terhenti seketika apabila pihak berkuasa tempatan terus membersihkan sampah sarap apabila jutaan penduduk ke luar ke jalan raya.

Pasukan berkenaan akan menerima sambutan apabila mereka mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza dekat Buenos Aires dijangka jam 2:25 pagi waktu tempatan hari ini.

"Saya akan menyambut mereka di lapangan terbang. Kini mereka sudah dimahkotakan dan kami mesti menyambut mereka dan mengucapkan terima kasih," kata Jose Luis Quinoga, 56, kepada AFP dekat Obelisk di tengah Buenos Aires.

Sambutan secara persendirian di bilik VIP sudah diatur bagi menyambut kepulangan pemain dan Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) berkata mereka kemudiannya akan bersama penyokong di Obelisk. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ut-wira-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list