View: 554|Reply: 0
|
Nadal belum fikir soal persaraan
[Copy link]
|
|
NADAL rimas ditanyakan mengenai persaraan. FOTO AFP
Sydney: Rafa Nadal menepis khabar angin dia akan bersara tidak lama lagi selepas juara Grand Slam 22 kali itu dikejutkan oleh Cameron Norrie dalam kejohanan berpasukan campuran, Piala United.
Nadal berkata dia masih seronok bersaing di peringkat tertinggi.
Persediaan Nadal untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia bermula dengan goyah apabila Norrie menewaskannya 3-6, 6-3, 6-4 untuk memastikan kemenangan pertamanya ke atas pemain Sepanyol berusia 36 tahun itu dalam pertemuan kelima mereka.
Berdepan dengan persoalan sama ada kekalahan pada peringkat ini dalam kariernya membuatkan dia lebih berazam untuk bermain selagi boleh atau mengakui bahawa keadaan semakin sukar, Nadal hanya berkata persaraan masih belum difikirkannya.
"Saya hanya kalah. Itu sahaja. Setiap kali saya datang ke sidang media nampaknya saya perlu bersara. Jadi anda sangat berminat dengan persaraan saya. Maksud saya, itu, buat masa ini, tidak begitu," kata Nadal yang tersenyum kepada pemberita.
"Apabila hari itu tiba, saya akan memberitahu anda. Jangan bertanyakan soal persaraan, kerana saya di sini untuk terus bermain tenis."
Nadal, yang musim 2022 bermula sangat berbeza dengan kemenangan 20 perlawanan, berkata kekalahan awal menjelang musim baharu bukanlah satu bencana.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ikir-soal-persaraan |
|
|
|
|
|
|
| |
|