View: 3607|Reply: 10
|
Antipenuaan daripada Manggis
[Copy link]
|
|
Krim antipenuaan daripada manggisOleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
[email protected]
| Salah seorang pelajar yang terlibat menunjukkan krim anti penuaan yang dihasilkan daripada ekstrak pokok manggis.
|
Siapa menyangka tumbuhan tempatan sebenarnya memiliki seribu satu khasiat sama ada dari segi perubatan mahupun kecantikan.
Kini, ketika orang ramai sedang berlumba-lumba mahu mencari produk kecantikan yang mesra alam, tidak memberikan kesan sampingan daripada luar negara kita terlupa bahawa kita sendiri mampu menghasilkannya.
Krim anti penuaan yang sering menjadi rebutan kaum hawa kini bukan sahaja mudah dimiliki malah ia seratus peratus dihasilkan daripada bahan semula jadi.
Sekumpulan pengkaji dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bersama Fakulti Sains, Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui sebatian antipenuaan dari pohon manggis.
Ketua kumpulan pengkaji tersebut, Vivien Jong Yi Mian mendapati di dalam pohon manggis terdapat sebatian yang dikenali sebagai prenlylated xanthones, benzophenones dan biflavanoids bertindak sebagai bahan antipenuaan.
Manggis yang dikenali sebagai Garcinia Mangostana dalam keluarga Clusiaceae memiliki keupayaan anti oksida yang tinggi.
Justeru, ia dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan sebagai krim tangan antipenuaan yang bersifat semula jadi.
Selain itu, ia juga memiliki gizi yang baik untuk tangan dan mampu membina semula serat kolagen baru, mencipta elastin baru dan menggalakkan penciptaan sel kulit baru.
Krim yang dikenali sebagai Mangostana sempena nama saintifik
pohon manggis juga tidak memiliki sebarang risiko kesan sampingan bahan kimia kerana ia dihasilkan secara semula jadi.
Hasil kajian tersebut juga memiliki potensi yang besar untuk dikomersialkan secara besar-besaran sebagai produk kecantikan dalam industri kosmetik.
Penemuan oleh Vivien Jong Yi Mian tersebut sekali gus melayakkan beliau memenangi pertandingan inovasi sempena Karnival Malaysia Inovatif (MI) 2010, Zon Sarawak bagi Kategori Wanita baru-baru ini.
Kejayaan tersebut membolehkan kumpulan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan trofi. |
|
|
|
|
|
|
|
kak nita sesuai ler try krim anti penuaan dr pki botox |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# dauswq
pakai la byk mana pun..aku rasa mmg xde tindakbals dh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# chewan
chewan, suma jenis antioksidan boley guna tok kosmetik ke ek? sebab, byk jer antioksidan dr source lain kan...dulu aku penah wat research pasal slh 1 antioxidant ni...flavonoids...dr pokok sukun x silap...tp xder pon lecturer yg extract tu ckp yg ni boley tok kosmetik....*aku test elektrokimia punyer reaction kat molekul tu, so xtaw yg len*...mohon pencerahan momod chewan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# BiancoFisso
erkkkk nie pun bukn bidang ku bianco...just tepek sini nk sharing penemuan baru...aku dlm bidang analytical chem
nnti aku cuba cari2 kot ada info psl tue |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# chewan
hehehe...samala kita...
wokey2...just curious jek...sbb ex-lecturer dulu pon dpt extract antioxidant, xder plak die commercialize jd produk camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal susah payah kena beli krim.... tanam pokok manggis, dah buah, petik makan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal susah payah kena beli krim.... tanam pokok manggis, dah buah, petik makan jer.
ibnur Post at 18-11-2010 22:44
efek lmbt sikit kekdahnyer...tu yg kuar krim2 suma... |
|
|
|
|
|
|
|
manggis ni tepi jalan murah.orang kita tak pandang sgt.mat salleh ambik dan botolkan..jual beratus ratus 1 botol. |
|
|
|
|
|
|
|
juz manggis bersepah-2 dipasaran MLM |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|