CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

TMJ tawar Harimau Malaya guna stadium JDT

[Copy link]
Post time 6-1-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Stadium Sultan Ibrahim.-Gambar hiasan


TMJ tawar Harimau Malaya guna stadium JDT

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Tunku Ismail bertitah, inisiatif itu bagi memastikan pasukan kebangsaan itu dapat melangsungkan mana-mana perlawanan membabitkan peringkat antarabangsa.




TUNKU ISMAIL menawarkan Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor untuk kegunaan pasukan kebangsaan sementara SNBJ siap diselenggara.
“Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) bermula Mac ini.

“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) untuk berkongsi ‘update’ (kemaskini) dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,”katanya.

Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu sebelum membuat ciapan di laman sosial Twitter serta Instagram milik baginda malam tadi.

Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan pada 22 Februari 2020 terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri merupakan stadium rasmi pasukan Harimau Selatan yang memilik pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.

Stadium ikonik yang menelan kos pembinaan RM200 juta itu dibina bagi menggantikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mampu memuatkan 40,000 kapasiti penonton pada satu-satu masa.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... a-guna-stadium-jdt/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list