CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MODERATOR] ★Jom ramai2 pakat serbu MAHA 2012 [23 Nov- 2 Dis]★

[Copy link]
Post time 1-12-2010 04:39 PM | Show all posts
okay, ni aku share gmbr2 yg sempat diambil semasa MAHA 2010!!

Part 1


aku parking kat pdg kawad UPM, cuba la teka maner kete aku!!



antara pokok2 arkid yg ada...




para pengunjung berpusu2 yg dtg berkunjung...



cuaca pd tghari tersebut...


ni peta seluruh MAEPS





booth UPM & invention yg linome jaga...

credit: me ^_____^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 04:48 PM | Show all posts
antara perkara2 menarik yg aku sempat snap gmbr di dlm Hall A!!

Part 2


















gmbr kat atas ni kek buah belimbing... quite nice... and baru la tau lps dimasak, buah belimling tu akan bertukar jd color merah!!





penyu pun dorg angkut sekali dtg sini...


aku dah lupa nama binatang ni, tp dia dlm keluarga singa laut jugak!!


kuda laut...


gamat...


ni main entrance Hall A



sempat amik yg Hall A & Hall C jer...




di kala ptg hari pun masih ramai lg berpusu2 dtg...




antara buah2an yg dijual kat dataran bwh tu...


di kala kitorg dlm bas nak bergerak blk, masih ramai lg dok bersesak nak masuk. even sanggup nak parking kat tepi2 jln dan menapak masuk!!

credit: me ^______^

takat ni jer yg dpt aku snap gmbr... x byk maner pun kan... sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:36 PM | Show all posts
MAHA Banjir


Hujan lebat pada pukul 4petang


Kawasan jualan pokok2 yang berada di kawasan rendah, sedikit tenggelam


Barisan panjang menunggu bas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:59 PM | Show all posts
MAHA Banjir


Hujan lebat pada pukul 4petang


Kawasan jualan pokok2 yang berada di kawasan  ...
bacteria82 Post at 1-12-2010 09:36 PM


omo, MAHA banjir?? pergh, dahsat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 09:18 AM | Show all posts
maner pegi nyer si momod daus nih?? punyer gigih la aku dok tepek2 gmbr kengkonon nyer nak claim tacang yg lain2, tp sampai la ni dia x muncul2.... busy kot mamat sorg ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 09:22 AM | Show all posts
maner pegi nyer si momod daus nih?? punyer gigih la aku dok tepek2 gmbr kengkonon nyer nak claim tac ...
rukiaichigo Post at 6-12-2010 09:18


tgh mood final exam...

tak leh nak concentrate penuh ke atas satu thread...

klu jd frust, mcm2 jadik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2010 09:23 AM | Show all posts
ade lagik nak wat laporan? JC, bang bac...

jgn hanya gmbr je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 09:24 AM | Show all posts
Reply 284# rukiaichigo

kekdahnye aku tak bc lagik laporan..baru rate jah..

sket mase nnt aku baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by bacteria82 at 6-12-2010 10:01

Diari 26/11/2010 - Perasmian MAHA

Pagi itu aku keluar seawal 8.30 pagi kerana merasakan bahawa kesesakan akan berlaku sekiranya keluar lewat pada pagi perasmian itu. Aku kemudiannya memasuki pintu utama MARDI dan memakirkan kenderaan sekitar pukul 8.50 pagi di Pusat Mekanisasi dan Automasi MARDI iaitu satu tempat yang dikhaskan kepada staff MARDI bagi memudahkan pergerakan ke MAHA. Sebuah buggy telah sedia menunggu. Aku menaiki seorang diri bersama pemandunya yang merupakan seorang pemuda yang tampan berbaju oren dan bertopi kelabu. Mungkin pada ketika itu, masih belum ramai staff MARDI yang sampai ke MAHA atau sudah pun berada di tapak MAHA pada waktu yang lebih awal. Buggy membawa aku sehingga ke hadapan pintu Hall A. Kelihatan beberapa pekerja sedang menyusun cenderamata yang akan dijual di pintu masuk hall tersebut.

Aku melangkah ke booth jagaan aku. Setelah menyusun brosur dan buku-buku di atas meja pameran, aku menghayunkan langkahku untuk merayau di sekitar Hall itu. Pelbagai pameran yang memberikan pelbagai info dari pelbagai agensi kerajaan di dalam hall itu. Sempat juga aku melihat lihat kawasan pameran UPM di bahagian Fakulti Kejuruteraan iaitu fakulti di mana aku menuntut ilmu satu masa dahulu. Aku yang tidak membawa DSLR hanya snap-snap gambar2 dengan mengunakan camera dari telefon bimbit yang memberikan gambar kurang kualiti.


Booth LPP



Aku melangkah keluar dari Hall A dan melangkah menuju ke Hall D di mana perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Orang sudah mulai ramai dengan pelbagai baju korporat agensi dan syarikat masing-masing. Aku memilih untuk duduk di tengah dewan bagi mendapatkan view yang selesa bagi melihat majlis perasmian. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kami dimaklumkan oleh encik MC bahawa PM akan sampai dalam pukul 10 pagi. Di atas setiap kerusi disediakan sebuah beg yang mengandungi risalah MAHA, sebotol air mineral dan sebiji muffin. Disebelah kiri dan kananku terdapat pakcik yang datang dari Kedah. Kami berbual bual kosong berkisarkan MAHA kali ini. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan melihat forum CARI board MKST. Timbul sedikit rasa kecewa kerana tiada forumer yang dapat hadir pada hari itu. Ini bermakna gath hari sabtu, hanya aku seorang sahaja yang hadir. Setelah update beberapa perkata di forum dan di FB, aku membaca risalah-risalah yang disediakan.


Suasana di dalam Hall D, dewan perasmian



PM datang tepat pada pukul 10.00 pagi dengan diiringi oleh Menteri MOA YB Datuk Seri Noh Omar dan dif2 terhormat yang lain. Semua tetamu berdiri memberi penghormatan dan bersama sama menyanyikan lagu Negaraku dengan diiringi oleh kumpulan koir dari MOA yang dipimpin oleh Pn Siti Hajar (guru AF). Ucapan aluan disampaikan oleh ketua persatuan peladang kebangsaan dan seterusnya oleh Menteri MOA. PM kemudiannya dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dalam ucapannya, PM berbangga kerana Malaysia dapat menganjurkan pameran yang besar seperti ini yang juga turut disertai oleh 22 buah negara luar. Dengan lafaz bismillahir rahmannir rahim, PM telah merasmikan MAHA International 2010. Gimik yang disediakan adalah pancaran lazer berwarna hijau dan clip2 video berkaitan dengan aktiviti dan pameran2 yang disediakan di MAHA kali ini. Seterusnya terdapat ikrar peladang, petani dan penternak yang dilafazkan oleh wakil2 yang terpilih. Scroll ikrar janji2 peladang, petani dan penternak kemudiannya diserahkan kepada PM.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peladang, petani, penternak, usahawan dan syarikat-syarikat contoh dan berjaya yang disampaikan oleh PM sendiri. Hadiah-hadiah yang disediakan merupakan sebuah trofi dan cek bernilai di antara RM15,000 hingga RM30,000. Majlis berakhir apabila PM menerima hadiah kerana sudi merasmikan majlis dan kemudiannya menghadiri sidang akhbar sebelum beliau melawat pameran sekitar tapak MAHA. Aku keluar dari Halll D dan kembali ke Hall A dan duduk di booth pameranku memandangkan tiada forumer lain yang hadir pada hari itu. Orang begitu ramai dan berminat dengan pameran2 yang disediakan di hall A termasuk pameran di booth aku.

Sekitar jam 2petang, aku keluar dari Hall A dan berangkat pulang. Sempat juga aku menikmati Ice Blended Mocha di van yang terletak di luar hall. Orang makin bertambah ramai walaupun suasana di luar agak terik dan panas. Dalam perjalanan pulang, kereta kelihatan begitu banyak dan parking di tepi-tepi jalan. Pegawai-pegawai RELA sibuk menjerit bagi mengawal suasana traffik di situ. Aku berharap akan dapat dapat berjumpa forumer2 MKST di masa yang akan datang. Hopefully masa mod2 MKST juga hadir nanti..

Sekian..


Deretan Bas-bas yang membawa pengunjung


Suasana di Hall D tingkat 1 (Agro Bazaar)


Jualan orkid


Jualan buah nangka gergasi


Buah-buahan lain

Gambar-gambar binatang di laman ternakan

Kambing


Lembu


Pejantan kambing


Lagi kambing


Arnab


Itik


Rusa


Burung


Kucing


Snowie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 10:00 AM | Show all posts
Reply 289# bacteria82

ari khamis ni aku nak bc

ari ni takat nk bg kredit je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 10:03 AM | Show all posts
Reply  bacteria82

ari khamis ni aku nak bc

ari ni takat nk bg kredit je
dauswq Post at 6-12-2010 10:00


Motip sgt.. Thanks for the credits
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 10:11 AM | Show all posts
tgh mood final exam...

tak leh nak concentrate penuh ke atas satu thread...

klu jd frust ...
dauswq Post at 6-12-2010 09:22 AM


hahahahahahaha ~ aku saja2 jer nak seru2 ko di pagi hari isnin ni... aku tau ko bz biler baca status ko aritu...

anyway, thanks for the credits!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 10:13 AM | Show all posts
Motip sgt.. Thanks for the credits
bacteria82 Post at 6-12-2010 10:03 AM


mcm ko ckp kat laporan ko tu, aku pun harap bleh berkenalan dgn member2 MKST di lain waktu...

nnt biler daus dah balik & buat gathering, harap2 masa tu aku boleh menghadirkan diri!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:48 PM | Show all posts
mcm ko ckp kat laporan ko tu, aku pun harap bleh berkenalan dgn member2 MKST di lain waktu...  ...
rukiaichigo Post at 6-12-2010 10:13

Nasib baik ade org sudi baca, terharu

Mod x sudi baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 05:19 PM | Show all posts
dah seminggu baru nak buat FA ni

k..sebab kali ni perlu jaga booth kat MAHA, sehari sebelum maha gi dah bertenggek kat Maeps tu..gigih semua org tgh bertukang untuk  siapkan booth masing2...

pada hari kejadian, di pagi ahad,oleh kenapa dah bertugas pada masa itu, maka dgn gigihnya mengharungi ja,datang seawal 9 pagi..tu pun dekat nak pukul 10 gak baru sampai ke Hall A..dan ini adalah tmpt di mana sy bertugas sepanjang minggu

Seawal pukul 10, org datang ke booth berpusu2, tp kia dan JC masih tak sampai gi..tp assume sbb jam lah..lepas tu tgk jam,dah pukul 11, masih tak sampai2 gi dua org anak dara tu,so terus msg JC,tanya dah kat mana,pastu JC call,cakap diaorg stuck kat UPM..dan bila pi keluar dewan dan jenguk keadaan diluar kat sebelah surau tu, tgk memamng takde harapan lah,jam yg amat, so suggest kat kia pi parking kat padang kawad upm dan naik bas dari situ...pada masa yang sama,dapat msg dari adabintang, dia cakap tak dapat nak join sbb pi dgn family..akhirnya, bila jam penunjukkan hampir pukul 12, dua org anak dara tu sampai..tapi time tu lah gak ada org nak tanya soklan, dengan muka serba salah, mintak maaf kat kia dan JC,suruh diaorg berjalan keliling hall A dulu,nanti datang balik...tak tau kenapa famous sangat la pulak hari tu,org tanya silih berganti..bila diaorg dah abis berjalan pun,still gi ada org tanya...nasib dah nak pukul 1 tu,dahtime nak rehat,so akhirnya berkesempatan untuk berjalan sama2 dgn kia dan JC...time tgh jalan2 tu lak dapat msg dari pinklolli la pulak,pun cakap tak jadi nak datang..so secara rasminya kehadiran pada hari tersebut adalah kitaorg bertiga sahaja

Oleh kerana dah tgh hari,maka kaki ni automatik melangkah ke Hall D..secara rasminya aktiviti food tester kitaorg bermula semua booth ada bagi taster,tak abis gi makan taster, dpt gi taster dr booth sebelah, kenyang makan makanan free jer ari tu..terbantut niat kitaorg nak pi tingkat bawah hall D tu nak makan,sbb keluar jer dari agrobazaar tu,memang kenyang yang amat...pada masa tu gak, sempat gak akhirnya nak mintak dari kia benda2 yg nak kena transfer..oleh kerana bateri laptop cuma boleh bertahan setengah jam jer,time tgh transfer variety show korea,tetiba jer abis bateri,tak sempat nak transfer semua

kitaorg menamatkan lawatan ke Hall D pada pukul 2.30ptng..ambik beberapa selca, dan seterusnya menghantar kia dan JC balik sementara diri sendiri menyambung tugas menjaga booth..

sekian sahaja laporan utk gathering maha yg tak berapa menjadi ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by lin0me at 6-12-2010 17:49

tmpt letak kereta kat maha




agrobazaar





tmpt makan kat bwh agrobazaar yg tak sempat dijenguk sbb kekenyangan



orkid



pameran kat hall A








tu jer kot sbb gambar2 lain mcm byk dah kena pos...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 06:36 PM | Show all posts
Salam..
Maaf la kawan2 sebab lambat buat laporan..setelah mendapat green light dari Mod Daus, Lela teruskan ... dan sebagai pembukaan Lela minta maaf sekiranya laporan ini ada banyak kesilapan...

Pagi sabtu 27/11 Lela login kat Cari kemudian singgah bod MKST dan ternampak thread Mod Daus. Memang interested sangat nak pergi ke MAHA dan nak juga jumpa ahli2 MKST ni sebab selalu main kuiz sama2 kelolaan Mod Daus and Chewan.. So Lela baca posting2 sini cepat2 sebab nak absorb segala info. Dah kelam kabut nak bertolak sampai tak tahu nak PM siapa mengenangkan mesti semua tak online sebab dah ke MAHA.. target nak jumpa lin0me, Lolli and Mod Ada..

So mission pertama Lela ialah mencari kawan yang nak temankan Lela..ya lah nanti first time jumpa geng MKST..sure Lela malu punya..

Kebetulan hari Sabtu tu kawan Lela dari uni baru sampai Malaysia dan sebenarnya hari tu sebelah petang Lela nak bawa dia pusing2 Bukit Melawati dan dinner di Kuala Selangor nak makan seafood.. So Lela cakap pada dia change of plan.. Kuala Selangor dan seafood boleh pergi esok hari Ahad..

Dalam tergesa-gesa nak cepat bertolak, lambat jugak sampai sebab Lela tak tahu mana tapak MAHA ni walaupun dah baca thread ni Tapi Lela ikut saja arah ke UPM dan setelah berhempas pulas dengan kesesakan traffic jam akhirnya sampai juga ke MAHA 5 minit sebelum pukul 1 tengahari.

Sekarang bermulalah missi mencari lin0me.. perempuan ke lelaki Lela tak tahu.. rupa paras jangan cakap lah..
Kawan yang ikut Lela cakap Lela barking mad.. nak jumpa stranger.. tak peduli lah.. pada Lela kejap lagi kenal lah ...

Sampai saja di kawasan pameran, sebelum masuk hall A, ada commotion sikit..security suruh orang2 semua ke tepi sebab ada menteri nak lalu..Lela rasa tu TPM tapi Lela tak pasti dia baru sampai ke nak balik...

Lela terus ke nak ke booth lin0me.. Lela rasa tu booth lin0me sebab dah ikut instruction lin0me dalam thread ni... sampai booth tu Lela nampak ada pengunjung tapi exhibitor takder..so Lela ingat mesti lin0me dah bawa kawan2 jalan dan dalam fikiran Lela mungkin lin0me menuju ke giant watermelon...TAPI tak jumpa giant watermelon.. yang jumpa booth karyakraft ..intai2 kejap dan bercadang nak datang semula lepas pusing2..

Pencarian lin0me gagal...

Perut dah lapar dan rasa haus sangat2 jadi Lela terus ke hall D.. orang dah ramai dan Lela pun susah nak cari meja. Bila dah dapat tempat duduk Lela menjamu selera dengan kacang pol dan mee bandung.. memang sedap makanan kat sini..

Lepas makan Lela teringin nak melawat tempat penternakan dan beratur nak naik bas/shuttle/tram nombor 3 ke pintu 2.. 20 minit beratur baru dapat naik bas sebab orang teramatlah ramai...

Sesampai saja ke tempat penternakan tu Lela sangat terkejut sebab di sini lagi ramai orang berbanding dekat main hall.. Di sini banyak yang menarik rupanya.. nanti Lela post gambar2 yang Lela ambil..Selain dari binatang2 ternakan, di sini juga di jual tanaman2 orkid dan berbagai jenis pokok... rasa2 nak rembat semua pokok2 yang ada kat situ like fragrant tree macam kenanga... cempaka dan stephanotis.. tapi camaner nak bawa..

Dah puas ronda2 kat sini kawan Lela nak makan steak pulak..so kitorang beli steak and lamb.. sedaaaaappp sangat.. lepas tu dia nak makan satay rabbit..heheh.. maaf la ya..Lela tak makan benda2 cute ni..

Lepas tu Lela proceed naik bas ke Laman padi.. wahhh..cantiknya bendang kat sini..hijau sangat.. dan dekat sini Lela ambil peluang untuk solat...hmmm .. kemudahan tandas dan tempat solat sedikit mengecewakan...

Dari Laman padi, Lela ke tempat tanaman sayur2an.. bestnya tempat ni... terpesona tengok segala macam jenis labu yang di tanam dan menjalar di atas pergola...Di sini juga Lela dah lost all sence of rationality di mana Lela telah membeli banyak jenis herb.. basil, thai basil, oregano, dill, rosemary..ingat minggu depan nak masak bolognese ke chilli corncarne ke[betul ker eja ni..]..pokok lavender pun Lela angkut sekali... Di sini Lela belajar macamana nak tanam sayur cara mudah, senang nak jaga dan tak payah menggunakan banyak ruang..

Selesai sahaja sessi membeli herbs ni, Lela dan kawan Lela pun berjalan ke kawasan rumah negeri.. kena lalu jembatan kalau dari tempat tanaman sayur ni..

Rumah pertama yang Lela lawati ialah rumah terengganu.. di sini Lela sempat mencuba air keledek.. sedap! Kemudian Lela masuk ke rumah sarawak.. interesting rumah sarawak ni.. masa ni ada tarian ngajat.. tapi abang tu pakai baju la.. tak lah macam cultural performance macam selalu tu Di rumah sarawak ni ada kuiz..!!!! Apalagi.. Daus.. Chewan.. Lela masok kuiz laaa.. soalannya ialah namakan 5 produck yang di buat dari lada hitam... huhuhu.. kalau ada kuiz, macam orang ngantuk di sorongkan bantal... sempat juga rasa mee kolok dan laksa sarawak...

Lepas melawat rumah johor dan perak, Lela pun berjalan menuju ke main hall.. on the way ternampak rumah MOA..mungkinkah li0me ada kat sini..bila Lela masuk ada kuiz jugak..tapi untuk budak2 sahaja..orang ramai dan Lela rasa takkanlah lin0me ada kat sini sebab dia kan jaga booth kat main hall:re: Lela teruskan perjalanan dan singgah di Laman Bunga...sini tak banyak yang menarik..tapi ada pertandingan mewarna untuk kanak2..dalam meneruskan perjalanan hujan lebat pulak..so Lela lari dan ingat dah sampai tapi nampak bukit dan anak2 tangga Lela kena climb..

sampai atas bukit terus masuk ke hall B kalau tak silap Lela.. ramai orang dalam hall ni tunggu hujan reda dan yang best sekali hall ni air-cond dia full blast.. Lela decide nak solat maghrib kat sini sebab dah lewat tetapi..alahai..suraunya...apa nak buat..solat jer lah..

Kemudian Lela decide I've had it for today lah.. tapi kawan Lela tak puas lagi..nak round lagi.. so on the way nak pergi ke kereta banyaklah singgah menyinggah di kawasan tempat orang berniaga.. kat sini Lela beli topi cowboy.. rembat herbs lagi walaupun dah tak cukup tangan nak menjinjing.. Memang best lah MAHA ni..macam2 benda baru boleh dipelajari...

Akhirnya, sampai lah Lela ke kereta..nak menyusun barang2 yang dibeli adalah memakan masa dalam 20 minit dan masa nak keluar..astagaaa..jem teruk..dan ada pulak yang baru sampai masa ni..agaknya stuck in the jam kot Lela pun terpaksa mengharungi kesesakkan ni dalam perjalanan balik..dekat nak pukul 11 baru sampai rumah..bila balik rumah dan selesai apa2 yang patut, kemas barang...lepas tu... pengsan..

Lela gagal bertemu lin0me..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 06:54 PM | Show all posts
masa mula2 sampai..





Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 06:59 PM | Show all posts
tempat penternakan..











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 07:01 PM | Show all posts
Laman Padi..





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088274 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list