CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

Siapa tembak laser?

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode

PANCARAN laser tepat ke muka pemain Thailand. FOTO Asian Football Federation

Kuala Lumpur: Tembakan pancaran laser ke atas pemain Thailand dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam kembali hangat diperkatakan warga bola sepak di rantau ini.

Insiden sama yang pernah berlaku di SNBJ pada final Piala AFF 2010 lalu mencetuskan protes penyokong Indonesia yang menyalahkan pancaran laser itu sebagai alasan kekalahan skuad Garuda di tangan Malaysia.

Kini ia kembali lagi apabila segelintir penyokong Harimau Malaya 'menembak' pemain Thailand pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan tuan rumah menang 1-0 hasil jaringan Faisal Halim.

Pancaran laser hijau dilihat tepat menuju ke arah muka pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon yang terbabit dalam insiden perlanggaran dengan penjaga golnya sendiri.

Mungkin tindakan segelintir penyokong itu sebenarnya berlaku kerana rasa tidak puas hati Pansa yang berlakon seolah dirinya dikasari pemain Malaysia, sedangkan hakikatnya tonggak negara langsung tidak menyentuhnya.

Susulan lakonan hebat itu, jaringan kedua skuad negara dibatalkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Yong yang kemudiannya nyata tidak disenangi penyokong di stadium.

Begitupun, pancaran laser itu tidak harus berlaku kerana ia boleh mencemarkan imej penyokong Malaysia yang sebenarnya dipandang tinggi oleh peminat di luar negara terutama ke atas sokongan padu Ultras Malaya.

Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga dan itulah yang perlu dielakkan oleh segelintir penyokong agar lebih tertib dan bertamadun.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /siapa-tembak-laser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047832 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list