CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

Azam dituduh doakan kekalahan Indonesia

[Copy link]
Post time 9-1-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Azam dituduh doakan kekalahan Indonesia


Azam (kiri) dilayangkan kad merah ketika menentang Vietnam pada peringkat kumpulan Piala AFF.


KUALA LUMPUR: Gara-gara melahirkan keinginan untuk bertemu Vietnam pada final Piala AFF kali ini, pemain pertahanan negara Muhammad Azam Azmi Murad dituduh mendoakan kekalahan negara jiran Indonesia pada separuh akhir kedua di Hanoi malam ini.

Indonesia membuat perhitungan dengan Vietnam untuk memburu tiket ke final kejohanan edisi ke-14 itu selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh akhir pertama di Jakarta pada Jumaat lalu.

Manakala Malaysia akan berdepan Thailand di Bangkok malam esok selepas membawa kelebihan 1-0 susulan kemenangan tipis di Bukit Jalil, Sabtu lalu.

'Pemain andalan timnas Malaysia doakan timnas Indonesia kalah dari Vietnam di semifinal Piala AFF 2022' begitulah tajuk satu berita di sebuah portal bola sepak negara republik itu yang disiarkan hari ini.


BH Sukan semalam melaporkan Azam yang digantung dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Jepun, Ryuji Sato ketika kalah 3-0 kepada Vietnam pada peringkat kumpulan, mahu menebus semula kekecewaan itu.

"Kalau boleh saya nak bertemu Vietnam semula (di final), saya nak menebus kekalahan itu," kata Azam, yang sudah menjalani penggantungan dua perlawanan menerusi aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura (4-1) dan separuh akhir pertama dengan Thailand (1-0).

Menurut portal itu, Azam menyokong Vietnam dan bukannya Indonesia untuk layak ke final.

"Oleh karena itu, Azam Azmi mendukung Vietnam untuk tembus ke final. Di samping itu, ia juga akan berusaha habis-habisan membawa Malaysia ke final Piala AFF 2022, usai mengantongi modal manis dengan kemenangan 1-0 atas Thailand di leg I semifinal Piala AFF 2022," menurut laporan itu.

Azam, yang beraksi di pertahanan kanan ketika bertemu Myanmar dan Vietnam, dipersalahkan Sato kerana mengasari pemain Vietnam, Doan Van Hau sekali gus menyaksikan skuad bergelar Golden Star Warriors itu mendapat sepakan penalti.

Bagaimanapun, ulang tayang menyaksikan Azam terlebih dahulu disiku Van Hau dalam aksi perebutan bola di luar kotak penalti itu pada aksi 27 Disember lalu di Hanoi.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... kekalahan-indonesia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.344046 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list