CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

Damok masih cari penaja

[Copy link]
Post time 12-1-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Damok akan beraksi bersama MTHelmets-MSI dalam Moto3 musim ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman mengharapkan ada pihak yang sudi menjadi penaja individu bagi membantunya mengharungi musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia 2023.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok berkata, dia masih belum menerima apa-apa 'khabar baik' mengenai perkara itu yang baginya dapat meringankan tanggungannya mengharungi saingan penuh kompetitif berkenaan.

"Setakat ini belum ada. Penaja untuk diri saya ini penting sebenarnya kerana ia dapat memudahkan saya apabila berada di luar negara.

"Maksudnya dari sudut bajet penerbangan dan sebagainya kerana kalau boleh saya tidak mahu terlalu bergantung kepada bajet pasukan. Bagi saya tajaan untuk diri saya ini amat penting bukan untuk saya saja tetapi juga pasukan.

"Jadi, saya mengharapkan akan ada pihak di luar sana yang boleh menaja untuk saya mengharungi musim 2023 ini," kata Damok yang akan menggalas cabaran bersama pasukan dari Sepanyol, MTHelmets-MSI itu.

Kejuaraan Motosikal Dunia dijadual membuka tirainya pertamanya di Grand Prix (GP) Portugal dari 24 hingga 27 Mac ini sebelum beralih ke GP Argentina, 31 Mac hingga 2 April nanti.

Sebanyak 21 pusingan dijadual berlangsung pada musim ini dengan Malaysia dijadual menjadi tuan rumah bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 November.

Damok sebelum ini berkata, dia memasang impian untuk merebut gelaran 'Rookie of the Year' pada penampilan sulungnya itu dan bagi meraihnya, pelumba berusia 21 tahun itu perlu mengumpul sebanyak mungkin mata di setiap perlumbaan.

Tahun lalu, Damok memperoleh peluang menyertai saingan Moto3 menerusi 'tiket wildcard' sebanyak empat kali iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.

Dari empat perlumbaan itu, pencapaian terbaiknya adalah meraih penamat ke-16 pada GP Malaysia Oktober lalu selain pernah meraih tempat ke-13 saingan GP Aragon pada 2021.

Kelas Moto3 dijadual menjalani ujian rasmi di Litar Algarve, Portugal dari 17 hingga 20 Mac ini iaitu empat hari sebelum saingan pertama musim 2023 membuka tirainya di litar yang sama.
https://www.bharian.com.my/sukan ... k-masih-cari-penaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.091621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list