CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

Loeb cipta sejarah di Rali Dakar

[Copy link]
Post time 15-1-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

LOEB berjaya meraih kejayaan ke peringkat buat kali keenam berturut-turut. FOTO AFP

Hofuf: Pelumba Perancis, Sebastien Loeb merakamkan kemenangan peringkat Rali Dakar buat kali keenam berturut-turut hari ini, manakala wakil Qatar, Nasser Al Attiyah semakin hampir meraih gelaran kelima keseluruhan.

Loeb, yang merangkul sembilan gelaran rali dunia, muncul juara di peringkat ke-13, sejauh 154 kilometer dari Shaybah ke Al-Hofuf, sekali gus memecahkan rekod pelumba Finland, Ari Vatanen meraih kejuaraan peringkat lima kali berturut-turut pada 1989.

Bintang berusia 48 tahun itu berada di tempat kedua secara keseluruhan - kedudukan yang sama seperti yang diraihnya tahun lalu ke1 jam dan 21 minit di belakang Nasser.

"Ia luar biasa, walaupun rekod itu bukannya sasaran saya.

"Saya mahu mengukuhkan tempat kedua saya.

"Jurangnya kecil dan saya memperlahankan rentak saya dari permulaan bukit berpasir, jadi saya tidak akan mengubah segala-galanya.

"Saya berasa selesa di permukaan berpasir, saya boleh menetapkan rentak yang kuat, saya yakin, saya boleh memandu secara agresif sambil memerhatikan bukit pasir yang berlekuk. Ia sejuk."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jarah-di-rali-dakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.491476 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list