CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

PSG ancam tinggalkan Parc des Princes

[Copy link]
Post time 15-1-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Paris Saint-Germain mengancam untuk meninggalkan Parc-des-Princes dekat Paris selepas pihak berkuasa enggan menjualnya kepada mereka. - AFP

PARIS: Paris Saint-Germain semalam mengancam untuk meninggalkan Parc des Princes yang menjadi pangkalan mereka selama hampir 50 tahun selepas pegawai bandar berkenaan enggan menjual stadium itu kepada mereka.

Datuk Bandar, Anne Hidalgo berkata menerusi temubual diterbitkan akhbar Parisien bahawa stadium berkenaan "bukan untuk dijual" dan "tidak akan dijual" kepada pemilik PSG dari Qatar.

Bagaimanapun jurucakap kelab berkata bahawa kelab itu "kecewa dan terkejut" sambil berkata pihak berkenaan mahu "menghalau Paris Saint-Germain dan penyokong mereka keluar dari Parc des Princes."

"Datuk Bandar memaksa PSG meninggalkan halaman mereka."


Tambahnya: "Semua orang kalah dengan tindakan diambil Datuk Bandar. PSG kini dipaksa mencari pilihan lain bagi menempatkan semual kelab.

"Ini bukan keputusan kelab, bukan juga penyokong, kami berharap."

PSG membuat permohonan bagi membuat kerja pemodenan dan penambahan di lokasi milik pihak berkuasa di barat bandar berkenaan dengan perbelanjaan 500 juta euro (RM2.35 bilion).

Pada November, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar Sepanyol, Marca bahawa PSG "tidak lagi disambut" dekat Parc des Princes sambil menambah mereka kini melihat "pilihan lain."

"Mereka memberi tekanan untuk kemai meninggalkannya," katanya sambil menegaskan bahawa kelab dimiliki Qatar itu "melabur 80 juta euro (RM376 juta)" - sebelum Euro 2016 - di stadium "yang bukan milik kami."

Kelab berkenaan sudah membuat tawaran untuk membelinya tetapi menurut timbalan Hidalgo, Emmanuel Gregoire, ia hanya berjumlah 40 juta euro (RM188 juta).

"Ia lebih murah daripada Paredes," dia berjenaka merujuk kepada pemain tengah Argentina, Leandro Paredes yang menyebabkan PSG membayar 47 juta euro (RM220 juta) pada 2019.

Dibina pada 1897 kemudian diubah pada 1972, bekas velodrom itu memiliki kapasiti 48,000 tempat duduk dan menjadi stadium kelab Paris itu sejak 1974.

Pajakan terbaharu selama 30 tahun bermula pada 2014. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-parc-des-princes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.335889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list