CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

Haller kembali dari kanser raih sokongan 80,000 penyokong

[Copy link]
Post time 23-1-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Haller kembali dari kanser raih sokongan 80,000 penyokong


HALLER buat penampilan pertama selepas pulih daripada kanser. FOTO AP



Dortmund, Jerman: Penyerang Borussia Dortmund, Sebastien Haller membuat penampilan kompetitif pertamanya sejak pulih daripada kanser testis apabila bermain pada separuh masa kedua menentang Augsburg dan menyifatkan sambutan yang diterimanya daripada 80,000 penyokong yang hadir sebagai 'tidak dapat dilupakan."

Haller dimasukkan dari bangku simpanan mendapat tepukan gemuruh dari 82,000 penyokong yang berdiri di Signal Iduna Park.

"Sambutan yang saya terima adalah sesuatu yang sukar dipercayai, tidak dapat dilupakan," katanya.

Penyerang berusia 28 tahun itu memakai but yang membawa mesej 'F*ck Cancer' ketika turun ke padang.

"Saya gembira berada di sini dan memulakan langkap pertama saya di atas padang.

"Ia sesuatu yang kami boleh rasai bersama pasukan, suasana ini, kami boleh gunakan (ia) untuk memenangi perlawanan."

Haller, yang disahkan menghidap kanser testis hanya beberapa hari selepas menyertai Dortmund pada musim panas 2022, menjalani beberapa bulan rawatan, termasuk empat pusingan kemoterapi dan dua pembedahan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gan-80000-penyokong

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.397524 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list