CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim tahan lima nelayan warga Myanmar

[Copy link]
Post time 7-2-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Maritim tahan lima nelayan warga Myanmar

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  07 Februari 2023   04:10pm






Lima nelayan Myanmar dan seorang tekong warga tempatan ditahan untuk siasatan.




GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan lima nelayan warga Myanmar kerana tidak mempunyai dokumen diri yang sah di sini pada pagi Isnin.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua lelaki warga asing tersebut ditahan ketika berada di atas sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada jam 11.44 pagi.

Menurutnya, selain lima warga asing tersebut, turut ditahan seorang tekong bot warga tempatan.

"Bot itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika Op Pertiwi dan Op Tanjung. Selepas ditahan dan diperiksa, bot itu didapati dinaiki enam nelayan warga Myanmar termasuk seorang tekong warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

"Pemeriksaan pada lima nelayan asing mendapati mereka gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah serta surat kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Abd Razak berkata, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak itu ditahan pada kedudukan 14 batu nautika barat daya Pulau Kendi iaitu kurang 15 batu nautika dari pantai mengikut syarat sah lesen.


Bot tempatan kelas C dirampas untuk siasatan lanjut.





"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran dan menangkap ikan di kawasan larangan mengikut syarat lesen.



"Bot serta kesemua kru ditahan termasuk 500 kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.

Abd Razak berkata, pihaknya mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pendatang tanpa izin untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran telah dilakukan sebelum ini.

"Maritim Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.200476 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list