Penyanyi Sam Smith sering mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan fesyen pelik ketika menghadiri acara anugerah.
Terbaharu, dia muncul di Anugerah Brit 2023 dengan sut berwarna hitam yang seakan-akan belon 'menggelembung' di bahagian kaki dan bahunya, lapor mStar.
IG
Dia menjadi bualan apabila dilihat sukar bergerak dan tidak boleh merapatkan kaki dan tangannya. Tidak ubah seperti sebuah boneka yang dikawal!
Segelintir peminat berpendapat Sam sengaja meraih perhatian selepas melancarkan album terbaharu berjudul Gloria. - CARI