View: 1122|Reply: 10
|
[Dunia]
Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia tewaskan tacos dan pizza.Anda bangga?
[Copy link]
|
|
https://vt.tiktok.com/ZS8uFW4Rb/
Siapa sangka, roti canai yang sering menemani anda ketika waktu suka dan duka ini telah mendapat tempat kedua dalam Senarai Makanan Jalanan Terbaik Dunia.
Berkongsi mata bersama hidangan yang menduduki tempat pertama, Guotie (China)
Walaupun berkongsi mata yang sama iaitu 4.8 mata, Taste Atlas meletakkan Guotie dari China di tangga pertama sebagai makanan jalanan terbaik di dunia.
Justeru, kedudukan roti canai yang boleh dianggap sebagai soul food rakyat Malaysia di tangga kedua dalam senarai ini tetap membanggakan.
Malah, roti canai juga berjaya mengalahkan beberapa pesaiang yang memiliki reputasi yang lebih mendunia. Antara makanan tersebut adalah espestos (Sepanyol), carnitas (Mexico), Ban Mi (Vietnam).
Bukan itu sahaja, roti canai juga berjaya mengatasi makanan jalanan yang lebih popular seperti taco (Mexico), kaarage (Jepun) dan kebab (Turkiye).
Berbeza dengan kedudukannya dalam Senarai Manisan Bergoreng Terbaik Dunia, pisang goreng asal Indonesia hanya menduduki tangga ke-40 dalam senarai kategori ini.
Roti canai yang sinonim dengan bentuk bulat, sering disajikan pada waktu sarapan di Malaysia. Biasanya ia ditemani dengan kuah-kuah default seperti kuah dalca kari dan sambal.
Jika anda ada sedikit bajet, anda boleh upgrade pilihan kuah sedia ada dengan pilihan kuah yang lebih premium seperti kari kambing.
Ada juga yang gemar menjamah roti canai bersama pilihan kuah yang manis seperti mencampurkan gula dalam dalca ataupun susu pekat manis.
Selain daripada variasi kuah, roti canai itu sendiri mengalami pelbagai inovasi bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Antaranya seperti roti telur, roti bawang, roti milo, roti cheese dan lain-lain lagi.
Sumber: Taste Atlas |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Roti canai bukan ke originally mkanan negara india (paratha)? |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi bangsa priska claim roti canai dari konoha |
|
|
|
|
|
|
|
goreng pisang dari indon ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Canai memang makanan wajib try kalau bawa pelancong ke Malaysia.
Orang Indonesia/Thais memang suka roti canai |
|
|
|
|
|
|
|
banggang tu boleh simpan sikit tak>?
|
|
|
|
|
|
|
|
...bakso x tercalon!!
Timor Leste tersenyum sinis!
|
|
|
|
|
|
|
|
sebagai penggemar roti canai, i bangga karaage pun sedap.. shawarma nombor 22 je? panjang barisan kat bb tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kolesterol tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 4-1-2024 12:14 PM
goreng pisang dari indon ke?
Macam mlaysia xdew pisang kan... Sibuk nak klaim.. Dah diajar yg nusantara ni lebih kurang je makanan n seni batik... Masih kanoha.. |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 4-1-2024 11:08 AM
Roti canai bukan ke originally mkanan negara india (paratha)?
Ada beza roti canai dgn paratha. Roti canai lagi nipis. Prata lagi tebal so kenyal sikit. Tapi mungkinlah roti canai ni org2 india yg datang sini pd zaman dulu olahkan dari roti paratha. Unleaved flat bread ni mcm2 negara pun ada. Ada juga yg rupanya seolah2 roti canai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|